Luna Maya

Rakaman pemandu lori melempar bungkusan air kencing ke arah kereta, akhirnya menerima padah

PETALING JAYA – Bermacam-macam ragam serta tingkah laku yang ditunjukkan oleh pemandu pemandu di atas jalan raya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Terbaharu, tular satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 35 saat memaparkan seorang pemandu mendakwa dibaling objek yang dipercayai berisi air kencing oleh seorang pemandu lori.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Muhammad Saifulzaman Sabirin berkata, dia yang sedang memandu dan cuba memotong lori terbabit terkejut apabila secara tiba-tiba dilempar objek yang dipercayai berisi air kencing oleh pemandu lori itu terhadap keretanya.

“Tidak tahu dia kenapa, ngam sampai sebelah dia, dia buka tingkap terus lempar.

“Kami berhenti di Pusat Rehat dan Rekreasi (R&R) dan sahkan itu air kencing,” tulisnya di Facebook.

Masa kejadian tersebut difahamkan berlaku semalam namun lokasi tidak dapat dipastikan.

Rata-rata orang ramai turut bersimpati terhadap nasibnya dan mengarahkan pemandu kereta itu membuat laporan polis.

“Buat report pul, mana boleh buang benda ikut suka hati bukan air kencing je, tiada adablah, pantang betul akak kalau orang suka buang benda keluar bahaya betul.

“Bukan sebab cermin boleh pecah kita pun kalau terkejut boleh terpusing stereng refleks kan, naya anak bini dalam kereta. Allahuakbar tak terbayang, moga kita sentiasa dalam lindunganNya selalu,” kata Haslinda Hj Abas

“Aduhai memang kurang ajar namanya, ambil tindakan selanjutnya,” jelas Norezah Amari.

Sementara itu, Nana Red Giantss menyatakan kesyukuran bahawa pemandu serta keluarganya selamat daripada sebarang kemalangan susulan daripada insiden itu.

“Kurang ajar, syukur Alhamdulillah korang tiada apa-apa,” ujarnya.

Tonton Video:

 

Sumber Kosmo & Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published.