Luna Maya

Video: Wanita dilarang lawat cimpazi di zoo gara² mengaku yang dia bercinta dgn cimpazi tersebut

SEORANG wanita dilarang melawat seekor cimpanzi di sebuah zoo di Belgium.

Larangan itu dibuat susulan wanita berkenaan membuat kenyataan bahawa dia dan haiwan itu ‘mempunyai hubungan’.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Wanita tersebut, Adie Timmermans sering melawat Chita, seekor cimpanzi jantan berusia 38 tahun yang ditempatkan di Zoo Antwerp di Belgium, sejak empat tahun lalu.

Menurut Adie, dia dan cimpanzi itu menjalin ikatan yang kuat dan mereka ‘saling mencintai’.

Bagaimanapun, pegawai Zoo Antwerp memberitahunya bahawa dia tidak lagi boleh berhubung dengan Chita.

Mereka menjelaskan binatang itu telah dipinggirkan daripada kumpulan cimpanzi yang lain.

Bercakap kepada saluran berita ATV, Adie berkata: “Saya cintakan haiwan itu dan dia cintakan saya. Saya tiada punya apa-apa lagi. Mengapa mereka mahu mengambilnya?”

“Kami menjalinkan hubungan. Puluhan pengunjung lain dibenarkan untuk melawat. Jadi, kenapa saya tidak dibenarkan?,” soalnya.

Menurut pihak zoo, kesejahteraan Chita mungkin terganggu dan mereka hanya mahu haiwan itu gembira.

“Haiwan yang terlalu fokus kepada orang akan kurang dihargai oleh rakan sejenisnya. Kami mahu Chita menjadi cimpanzi sebaik mungkin,” kata mereka. – India Times

Kebolehan berfikir Cimpanzi setaraf kanak-kanak berusia 4 tahun

Tahukah anda, cimpanzi daripada pelbagai usia dan jantina boleh mempelajari hubungan antara tiga isyarat tangan yang dikenali sebagai permainan osom ataupun gunting-batu-kertas?

Sebuah kajian diterbitkan dalam jurnal Primates yang merupakan jurnal rasmi bagi Pusat Monyet Jepun menunjukkan perbandingan keupayaan antara cimpanzi dan manusia untuk mempelajari permainan gunting-batu-kertas.

Pasukan penyelidik itu ingin mengetahui sama ada cimpanzi spesies Pan troglodytes mampu memahami pola yang diperluas. Mereka memilih permainan osom yang popular di kalangan kanak-kanak iaitu gunting-batu-kertas yang menggunakan isyarat tangan.

Seperti yang kita sedia maklum, “kertas” sentiasa mengalahkan “batu”, “batu” mengalahkan “gunting” dan “gunting” pula mengalahkan “kertas”. Hubungan antara setiap isyarat ini adalah tidak linear dan perlu benar-benar difahami bagaimana setiap pasangan itu dikelompokkan.

Proses pemahaman pola lintangan itu sebenarnya memerlukan kapasiti mental yang tinggi dan ia amat berguna untuk membentuk rangkaian hubungan yang rumit, menyelesaikan masalah ataupun mengemas kini maklumat yang sudahpun diketahui.

Dalam kajian yang dijalankan di Institut Penyelidikan Primat di Kyoto University itu, tujuh ekor cimpanzi daripada berbeza usia dan jantina digunakan sebagai subjek. Cimpanzi-cimpanzi ini diletakkan di dalam sebuah bilik yang mempunyai komputer dengan skrin sentuh. Mereka dilatih untuk memilih isyarat tangan yang boleh ‘mematikan’ pihak lawan.

Pada mulanya mereka belajar turutan kertas-batu, diikuti dengan batu-gunting dan akhir sekali kombinasi gunting-kertas. Apabila mereka sudah memahami bagaimana setiap pasangan berfungsi, mereka ditunjukkan paparan gambar pasangan isyarat secara rawak di skrin.

Keputusan kajian mendapati kesemua mawas itu mampu mempelajari pola lingkaran permainan kanak-kanak ini walaupun ia mengambil masa yang agak panjang iaitu selepas selesai 307 sesi latihan. Ini disebabkan mereka mengalami masalah sukar memahami hubungan kombinasi terakhir iaitu gunting-kertas yang mengambil masa purata selama 14 sesi bagi setiap ekor cimpanzi.

Pasukan penyelidik yang sama kemudian mengajar pula 38 orang kanak-kanak tadika berusia 3-6 tahun untuk membuat perbandingan dengan proses pembelajaran seekor cimpanzi. Majoriti kanak-kanak tidak menghadapi sebarang masalah memahami permainan itu. Secara purata, mereka berjaya mempelajari teknik bermain selepas 5 sesi sahaja.

Walau bagaimanapun, pencapaian kanak-kanak itu bergantung kepada usia mereka. Kanak-kanak yang berumur 50 bulan dan ke atas mempunyai tekaan yang lebih tepat berbanding mereka yang lebih muda.

Kesimpulan kajian itu ialah cimpanzi mempunyai keupayaan berfikir yang seakan-akan kanak-kanak berusia 4 tahun. Perbezaannya hanyalah pada kaedah pembelajaran.

Seorang kanak-kanak akan terus mengubah pilihan jawapan selepas tersalah menjawab manakala cimpanzi pula perlu melalui beberapa sesi berulang kali untuk memperbetulkan jawapan.

Jadi, jika anda merupakan seorang manusia yang sangat suka buat silap berkali-kali sehingga berbuih mulut orang lain ingatkan anda, maka kita sudah boleh mengagak kebolehan berfikir anda sama seperti siapa.

Cuba anda lawan osom dengan cimpanzi tengok siapa menang.

 

Rujukan: Springer, Mstar, iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *