Luna Maya

Diculik Ketika Berusia 2 Tahun, Bapa Nekad Cari Anak Dgn Motor Selama 24 Tahun. Tak Sangka Berjaya Jumpa, Rupanya Duduk Tak Jauh Dari Kampung Bapa.

Kisah kali ini sedikit panjang, namun penuh dengan emosi dan sentimen kekeluargaan. Sekalipun ia berlaku di China, banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil daripada kisah ini.

24 tahun, itulah tempoh yang diambil oleh seorang bapa ini untuk mencari anaknya yang hilang. Hampir kesemua daerah yang ada di China telah dia lalui dengan motosikalnya.

Di sepanjang usaha pencarian tersebut, ada banyak juga kisah yang berlaku dan banyak juga kebaikan yang berjaya beliau lakukan. Namun, ia tidak cukup untuk mengubat rindu, kesal dan sedih kehilangan anak sendiri.

DICULIK SEORANG WANITA

Bapa, Guo Gantang yang berusia 51 tahun telah kehilangan anaknya, Guo Xinzhen pada tahun 1997 ketika Xinzhen berusia 2 tahun setengah. Menurut laporan, Xinzhen telah diculik oleh seorang wanita ketika dia bermain bersendirian.

Kisah Gantang ini juga telah dijadikan filem yang berjudul Lost and Love pada tahun 2015 dimana ia telah dibintangi oleh Andy Lau secara percuma kerana dia juga turut terkesan dengan kisah yang dialami Gantang.

Diculik Ketika Berusia 2 Tahun, Bapa Nekad Cari Anak Dgn Motor Selama 24 Tahun. Tak Sangka Berjaya Jumpa, Rupanya Duduk Tak Jauh Dari Kampung Bapa.

Menerusi sebuah video yang merakamkan pertemuan kembali keluarga itu, Gantang dan isterinya menangis saat mereka disatukan kembali dengan Xinzhen di Liaocheng, Shandong.

“Hari ini merupakan hari yang penting buat saya, anak saya sudah ditemui. Masa depan kini akan dipenuhi dengan kegembiraan. Tuhan telah membantu kami.”

Begitulah luahan Gantang di akaun media sosial miliknya. Andy Lau selepas mendapat tahu berita tersebut turut memuat naik sebuah video di mana dia juga berasa sangat gembira kerana keluarga tersebut sudah dapat bersatu kembali. Dia yang membawa watak Gantang dalam filem tersebut sedikit sebanyak turut merasai apa yang dilalui oleh Gantang sepanjang tempoh pencarian tersebut.

Diculik Ketika Berusia 2 Tahun, Bapa Nekad Cari Anak Dgn Motor Selama 24 Tahun. Tak Sangka Berjaya Jumpa, Rupanya Duduk Tak Jauh Dari Kampung Bapa.

“Saya ingin menyatakan bahawa saya sangat kagum dengan Guo Gantang kerana tetap berusaha untuk meneruskan pencarian dan tidak pernah berputus asa. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa kerana selepas bertahun lamanya, mereka tetap meneruskan usaha pencarian,” kata Andy Lau dimana dia juga mengharapkan sokongan orang ramai untuk membantu polis membanteras aktiviti penculikan ini.

VIDEO 1 :

 

RAMBUT TERUS BERUBAN DALAM SEBULAN

Mengimbau kembali kisah tersebut, kehilangan Xinzhen pada tahun 1997 itu telah membuatkan Gantang mengalami kejutan yang teramat dahsyat. Dia telah susut berat badan sebanyak 20 kg daripada 80 kg kepada 60 kg dan seluruh rambutnya telah beruban dalam masa sebulan sahaja.

Sejak dari hari itu, Gantang telah mencetak gambar dan butiran anaknya dalam jumlah yang terlalu banyak dan akan mengedarkan kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya di jalanan dengan harapan akan mendapat petunjuk keberadaan anaknya itu.

Diculik Ketika Berusia 2 Tahun, Bapa Nekad Cari Anak Dgn Motor Selama 24 Tahun. Tak Sangka Berjaya Jumpa, Rupanya Duduk Tak Jauh Dari Kampung Bapa.

Dia juga telah mencetak kain rentang dan membawa gambar anaknya kemana-mana sahaja termasuklah ketika dia membawa motosikalnya menjelajah ke seluruh China untuk mencari anaknya itu.

Sepanjang 24 tahun, hampir keseluruhan China telah dijelajahnya selain daripada Tibet dan Xinjiang dimana dia telah melalui perjalanan lebih daripada 500 ribu kilometer. Sepanjang tempoh tersebut juga, sudah 10 buah motosikal bersilih ganti.

VIDEO 2 :

 

“Mustahil untuk saya berhenti..”

Itulah apa yang dikatakannya dan menjadi sebab kenapa dia tidak pernah berputus asa untuk mencari anaknya itu. Tiada sebab dan mustahil untuk dia berhenti. Menerusi filem yang dilakonkan oleh Andy Lau itu juga, ada beberapa kisah penting yang dilaluinya turut dikongsikan seperti kemalangan, dibuli dan tidur di bawah jambatan saat dirinya kehabisan wang untuk mencari tempat penginapan.

Diculik Ketika Berusia 2 Tahun, Bapa Nekad Cari Anak Dgn Motor Selama 24 Tahun. Tak Sangka Berjaya Jumpa, Rupanya Duduk Tak Jauh Dari Kampung Bapa.

TURUT BERJAYA BANTU POLIS SELESAIKAN KES PENCULIKAN

Beberapa tahun lalu dia ada membuat sebuah laman web untuk membantu orang ramai mencari anak mereka yang hilang selain turut memberikan informasi mengenai keselamatan anak-anak.

Dengan segala petunjuk yang ada diberikan oleh Gantang beberapa tahun ini, pihak polis telah menemukan lebih daripada 100 orang kanak-kanak yang diculik. Akhirnya, mimpi ngeri Gantang berakhir selepas polis di Henan memeriksa data Xinzhen pada bulan Jun dan mengesahkan bahawa dia merupakan anak Gantang.

Diculik Ketika Berusia 2 Tahun, Bapa Nekad Cari Anak Dgn Motor Selama 24 Tahun. Tak Sangka Berjaya Jumpa, Rupanya Duduk Tak Jauh Dari Kampung Bapa.

Suspek dipercayai seorang wanita yang bernama Tang dan merupakan teman wanita kepada lelaki bernama Hu. Pasangan ini kemudiannya telah menjual Xinzhen selepas membawanya lari ke daerah Henan.

Hu yang berusia 56 tahun memang sudah dimasukkan ke dalam lokap di Shanxi atas kesalahan jenayah lain dan Tang yang berusia 45 tahun telah ditahan pada bulan lalu. Tiada maklumat lanjut didedahkan oleh pihak berkuasa mengenai kedua-dua suspek.

DIJAGA DENGAN BAIK

Menurut sumber tersebut juga, Xinzhen dijaga dengan baik oleh keluarga yang mengambilnya dan tinggal tidak jauh daripada kampung halaman bapanya. Dia turut mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti.

Diculik Ketika Berusia 2 Tahun, Bapa Nekad Cari Anak Dgn Motor Selama 24 Tahun. Tak Sangka Berjaya Jumpa, Rupanya Duduk Tak Jauh Dari Kampung Bapa.

Di sana, kementerian telah melancarkan Reunion Project bermula daripada tahun lalu utk membantu mempercepatkan penyelesaian kes kecurian dimana 2,609 mangsa telah ditemukan dan salah satunya merupakan kes daripada 61 tahun yang lalu.

Sebanyak 372 suspek telah ditahan dan lebih daripada 147 kes berjaya diselesaikan.

Diculik Ketika Berusia 2 Tahun, Bapa Nekad Cari Anak Dgn Motor Selama 24 Tahun. Tak Sangka Berjaya Jumpa, Rupanya Duduk Tak Jauh Dari Kampung Bapa.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk sentiasa berhati-hati dalam memantau dan mengawasi anak-anak agar ia tidak akan berlaku kepada kita. Juga, yakinlah bahawa Allah S.W.T pasti menyediakan hikmah untuk segala apa yang berlaku dan sentiasalah yakin akan bantuan daripada-Nya.

SUMBER : Akses Info, SOUTH CHINA MORNING POSTu

Leave a Reply

Your email address will not be published.