Luna Maya

LeIaki Bukan isIam Ini Selalu Dtg Ke Masjid Susun Kasut Pada Setiap Solat Jumaat, Laki Ini Tanya Knp Dia Buat Begitu. Jwpn Yg Diberi Mmg Sgt Ringkas Dan Mendalam

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT, apa yang akan terjadi kepada setiap umat di bumi ini kita tidak tahu.

Apakah pengakhiran seseorang, ada yg dilahirkan sebagai bukan islam tetapi bila pergi nanti akan pergi sebagai se0rang muslim dan ia juga boleh berlaku sebaliknya.

Kisah yang akan diceritakan bagaimana seorang bukan islam tergerak hati untuk buat kebaikkan di rumah Allah SWT. Jom Baca ..

Tindakan seorang lelaki bukan muslim yang dikenali sebagai ‘Uncle Steven’ menyusun selipar dan kasut di luar masjid, tular di laman sosial Facebook (FB).

Gelagat ‘Uncle Steven’ disedari se0rang jemaah masjid dikenali sebagai Irfan Mustapha yang kemudiannya bertindak mendekati lelaki tersebut.

Menurut Irfan dia terpanggil untuk mendekati ‘Uncle Steven’ kerana setiap minggu pada hari Jumaat, lelaki berbangsa Tionghua itu pasti datang ke masjid dan menyusun kasut serta selipar Jemaah masjid yang bersepah.

“Saya tanya kepada dia (‘Uncle Steven’), kenapa dia selalu ke sini menyusun selipar. Dia tidak berkasut tetapi tetap gigih datang walaupun dalam cuaca yang tidak berapa elok.

“Jawapan dia, simple…Katanya nampak kemas!,” tulis Irfan menerusi sebuah perk0ngsian di Fbnya baru-baru ini.

Kata Irfan, ‘Uncle Steven’ memberitahu akan cuba datang setiap minggu kerana tempat tinggalnya sangat dekat dengan masjid tersebut.

“Dia akan menyusun semua kasut dan selipar yang berterabur itu dengan kemas. Setiap kali waktu sembahyang Jumaat, dia akan datang ke sini.

“Saya terpegun melihat ‘Uncle Steven’, tambah-tambah lagi dia bukan seorang muslim. Dia buat saya tersedar yang kepercayaan dan peganngan berbeza bukanlah halangan untuk kita menghargai sesama kita.

“Walaupun apa yang dilakukan ‘Uncle Steven’ nampak ‘kecil’ tetapi ada sesuatu yang kita boleh jadikan pengajaran dan penghargaan,” tulisnya.

Kisah kedua : Baru Semalam Memeluk Islam, Hari Ini Telah Dijemput Ilahi. Pengakhiran Yg Dicemburui Ramai

Rezeki, ajal dan jodoh itu adalah rahsia daripada Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang tahu kapan bila pengakhiran seseorang itu, bagaimana pengakhiran seseorang itu.

Manusia tidak ada kuasa untuk mengetahuinya. Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara.

Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya.

Baru memeluk Islam

Melalui satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Othman Abu Bakar, satu kematian telah berlaku yang melibatkan jenazah seorang mualaf.

Menurut sumber, lelaki tersebut didakwa meninggal dunia selepas sehari memeluk Islam. Oleh itu, jenazahnya telah pun selamat disemadikan sebagai seorang Muslim.

Semoga syurga tempatnya

Othman turut mendoakan agar jenazah lelaki yang dikenali sebagai Tan Foo Hock ditempatkan di syurga.

Diakhir coretan ringkas tersebut, sumber telah menyatakan bahawa tidak siapa yang mengetahui kesudahan hidup seseorang seperti yang terjadi kepada saudara baru kita itu.

Sehubungan dengan muat naik terbabit, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian mualaf itu yang pulang bertemu Penciptanya di bulan mulia.

Mereka juga mengagumi kebesaran Allah dengan apa yang telah terjadi dalam kalangan masyarakat kita sendiri.

Alhamdulillah, pastinya syurga buat beliau

Pengakhiran yang baik. Inn shaa Allah

Seperti bayi baru lahir…

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Sumber Othman Abu Bakar, OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *