Luna Maya

Terkini: PDRM meIarang penunggang basikal masuk ke Iebuhraya. Siapa ingkar akan didenda dan dimsukkan ke pnjara

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata, penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu kumpulan berbasikal yang kembali panas di media sosial memaparkan gelagat mereka menunggang basikal hingga membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

Tambahnya, Kaedah 42 yang membawa hukuman sama boleh dikenakan jika basikal tiada brek dan loceng sebagai ciri keselamatan serta menunggang secara berkumpulan iaitu tidak berada dalam satu deretan.

“JSPT setakat hari ini hanya mengambil tindakan advokasi terhadap penunggang basikal yang berkayuh secara berkelompok di jalan raya.

“Polis tidak menghalang aktiviti berbasikal namun harus mematuhi aspek keselamatan ditetapkan.

Mat Kasim berkata, berdasarkan rekod sebanyak 150 kes kemalangan membabitkan penunggang basikal, sejak Januari hingga September tahun ini.

Daripada jumlah itu, menurutnya, sebanyak 71 kes kematian, manakala 24 cedera parah dan 55 lagi cedera ringan.

Sementara itu, pemandu kenderaan diingatkan bertimbang rasa dan berhati-hati kerana penunggang basikal amat terdedah kepada bahaya semasa berada di atas jalan raya.

Sumber HM

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *