Luna Maya

Alfatihah.. BaIu Allahyarham Fadzil Noor, Datin Khatijah Ibrahim meninggal dunia di Hospital KuaIa Lumpur

PETALING JAYA – Balu kepada bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, Datin Khatijah Ibrahim, 77, dilaporkan meninggal dunia petang ini.

Allahyarhamah meninggal dunia pada kira-kira pukul 4,43 petang di Hospital Kuala Lumpur kerana kegagalan buah pinggang.

Memetik Utusan Malaysia, anak ketujuh allahyarhamah, Fauwaz Fadzil berkata, jenazah ibunya dijangka dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Raudah Sakinah, Kuala Lumpur-Karak.

“Jenazah akan disolatkan di Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis pada kira-kira pukul 11 pagi esok,” katanya.

Fauwaz Fadzil turut memuat naik status berkenaan pemergian Ibundanya di facebook beliau :

Telah pergi nyawa saya ,Ibunda Hajah Khatijah Ibrahim pada jam 4.43 dengan tenang dengan hati ingt kepada Allah Taala. Lidah yang basah dengan al Quran dan hafazan al Quran dan mengimpikan meninggal dunia dalam husnul khatimah. Yang selalu sebut mama dapt masuk syurga Firdaus dan mama jawab semula mama tak layak. Lalu mama kata jadilah kalau masuk syurga Naim. Hati dan hidupnya untuk al Quran dan Islam. Bersusah pyah bersama dengan al marhum Baba dalm kehidupan berjuang Islam. .Almarhumah pesan byk kali kat anak cucu supayah hafaz al Quran itulah pelindung kita.

Mama adalah segala galanya untuk saya, IBu yang mengajar al Quran, Ibu yang mengajar sirah Nabi sirah pejuang kepada saya sejak daripada kecil. Hidupmu mulia dan meningalmu mulia mama. Tiada ucapan paling syaa boleh sebut melainkan Innalillah wa inna ilaihirajiuun.

al Fatihah untuk mama ahli Quran . semoga mama bertemu dengan baba ,kak la tuk hawa tuk dun dan lain lain

Cintaku kepada mama sehingga penghujung nyawa.Insyallah akan diupdate kan disolat jenazah dan waktu solat ghaib

Pada 23 Jun 2002, Fadzil yang ketika itu berusia 65 tahun meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber Kosmo, Facebook Fauwaz Fadzil

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *