Luna Maya

Bengang tidur terganggu, wanita Iempang ‘housemate’ gara2 memasak jam 5 pagi?

Tular di media sosial video seorang wanita yang sedang memasak di dapur seawal jam 5 pagi ditampar oleh rakan serumahnya kerana bengang waktu tidurnya terganggu.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut mangsa, Vestene Wong berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad, 5 Mac lalu di mana dia perlu bangun awal untuk menyediakan bekalan makanan yang akan dibawa bersama semasa melakukan aktiviti mendakii..

Kesal dengan tindakan rakan serumahnya itu, mangsa menegaskan dia akan membuat laporan polis. Enggan mengaku kalah, wanita itu pula dengan angkuh berkata dia tidak akan didakwa kerana dia akan meminta bantuan dari peguam, malah akan menyaman mangsa kerana dia menghidap Anxiety.

Pada hari yang sama mangsa tampil ke balai polis untuk membuat laporan. Rakan serumahnya turut hadir ke balai yang sama dengan membawa pil tidak berlabel, kononnya itu adalah pil untuk pesakit Anxiety. Ketika disoal oleh sarjan yang bertugas sama ada dia mempunyai kad khas bagi menunjukkan dia menghidap penyakit itu, dia gagal berbuat demikian dengan alasan Anxiety yang dihidapinya itu tidak begitu serius.

Sarjan berkenaan kemudian menuntut wanita itu memohon maaf kepada Vestene. Dia akur tetapi dengan cara yang tidak ikhlas.

“Saya bersedia untuk memohon maaf tetapi itu hal lain. Ya saya salah, tetapi dia juga tidak bertimbang rasa,” katanya.

“Tak sangka, dah tahun 2022 masih ada kejadian seperti ini berlaku. Saya faham, mungkin saya perlu memaklumkan kepada dia terlebih dahulu sebelum menggunakan dapur itu pada awal pagi. Ini pun kali pertama saya masak seawal jam 5 pagi dan dia pula memilih untuk tinggal di bilik yang berhadapan dengan dapur.

“Buat masa ini saya masih tinggal di rumah itu kerana ini adalah bulan terakhir saya menyewa di sini. Saya masih takut, saya harap dia tidak akan menyakiti saya,” katanya.

Antara komen netizen:

“Mungkin betul juga dr segi privacy tu tp patutnya boleh bincang x perlu sampai tempeleng kawan serumah. Penyewa boleh semak balik syarat dlm kontrak atau nak cari penyewa.. seeloknya kalau yg ad masalah jiwa mcm ni x perlulah ambil sbg penyewa, susah pon ye.. sbb takut belakang Hari datangkan kecederaan pada rakan serumah.. ni baru tempeleng.. kalau silap haribulan dia amek pisau tikam kawan dia.. x memasal je.. biar mereka yg jenis ni menyewa duduk sorang2.. Mungkin x sesuai kalau duduk rumah ramai2.. ni pendapat sy je la.. kesian tguk kawan tu masak x pasal2 kene tempeleng.. **kita mungkin ad sakit ad anxiety tp tu x menjadi alasan yg bagus utk kita buat orang lain sakit.. cuba faham orang lain dan jgn sentiasa letak diri kita sbg org yg paling tersakit atas muka bumi ni..” kata Nur Suraya

Tonton Video:

Sumber: Facebook Vestene Wong

Leave a Reply

Your email address will not be published.