Individu Didakwa Tergamak Jual Balik Barang Sedekah, Tak Sangka Ada Orang Sanggup Ambil Kesempatan Waktu PKP Ni..
Terbaca petikan berita dari Harian Metro di mana ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan barangan sumbangan untuk kepentingan peribadi.
Alasan diberikan adalah beras yang diterima sudah banyak selain tidak menepati selera seperti yang dibeli sendiri.
Mendedahkan perkara itu, sukarelawan bebas Ainul Farina Hussin, 35, berkata, pihaknya mengesan kegiatan itu dilakukan oleh seorang penerima bantuan baru-baru ini.
Katanya, lelaki berkenaan sebelum itu memohon untuk mendapatkan bantuan kerana kesempitan hidup.
“Apabila bantuan sudah diberikan, saya dimaklumkan jiran mengenai tindakannya menjual semula beras yang disumbangkan.
Waktu-waktu sebegini lebih elok kiranya kita bersyukur dengan semua bantuan yang dihulurkan kepada kita.
Antara Komen Netizen
lebih baik kita husnuzon je…bersangka baik…brg dh jd hakmilik dia…terpulang dia nak buat macamana pun…kita x perlu menghukum biar lh itu antara dia dgn Allah…mana tahu satu hari nanti dia pulak yg akan membantu org2 lain pula di masa akan datang….
Penerima sedia menerima dengan relahati
Sepatutnya sedekah kepada yg lain kalau dah lebih tu tak perlu jual sedekahkan je
Disebabkan orang macam ni lah orang yg betul memerlukan smpai terjejas
Bersangka baik
Apa pandangan anda? Sila komen di bawah
Gambar sekadar Hiasan.
Sumber: Harian Metro & NiagaKini