Luna Maya

Bantu tenangkan keadaan, atuk peIuk cucu kehiIangan suami buat ramai sebak

Kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba memang sangat menyakitkan. Walaupun takdir tersebut sudah ditetapkan oleh Maha Pencipta, namun sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari rasa sedih.

RAKAMAN VIDEO YG MENYAYAT HATI TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nursyafiqahsyahira93 apabila berkongsi video ketika dia kehilangan suami tercinta disebabkan kemalangan.

Namun begitu, apa yang membuat lebih ramai berasa sebak dengan perkongsian wanita kuat itu adalah tindakan datuknya yang memeluk cucu perempuannya bagi memberikan kekuatan agar lebih kuat menerima takdir Allah S.W.T.

Menurut pengguna TikTok berkenaan, datuknya sangat sayang akan cucu menantunya kerana allahyarham merupakan cucu menantu sulung dalam keluarga.

@nursyafiqahsyahira93 memaklumkan yang dia bergegas memeluk datuknya ketika jenazah sampai kerumah bagi mencari kekuatan menerima kehilangan insan yang amat disayanginya.

Perkongsian berkenaan nyata membuatkan ramai sebak kerana melihat datuknya memeluk erat wanita itu supaya bersabar menghadapi dugaan ini.

Tonton Video

Sumber: TikTok @nursyafiqahsyahira93

Leave a Reply

Your email address will not be published.