Luna Maya

Lelaki Sanggup Bvnuh Pelajar Wanita Dipercayai Kerana Cintanya Ditolak

Gara-gara cinta ditolak, seorang lelaki hilang kewarasan apabila bertindak membunuh gadis yang disayanginya dalam satu kejadian di sebuah universiti di Mesir, pagi Isnin.

RAKAMAN VIDEO YG MENGERIKAN ITU ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi laporan Egypt Independent, suspek didakwa menyerang mangsa di hadapan pintu pagar universiti yang sewaktu itu dalam perjalanan ke perhentian bas untuk pulang ke rumahnya di wilayah Gharbeya.

Difahamkan, suspek yang juga pelajar jurusan seni tahun tiga itu didakwa ‘menyembeIih’ mangsa dengan pisav ketika orang ramai cuba menghalangnya daripada melakukan perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, dia hanya berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan dan beberapa orang awam setelah bertindak agresif dengan cubaan untuk menamatkan riwayat gadis berkenaan.

Menurut saksi, suspek bengang kerana lamaran untuk mengahwini mangsa ditolak sebelum mengambil keputusan membalas dendam selain pernah mengugut bagi membvnuh mangsa sebelum ini.

Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, namun meninggal dunia sebelum tiba untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Kejadian itu tular dalam kalangan warganet negara terbabit yang meluahkan rata simpati terhadap mangsa serta berharap suspek mendapat hukuman setimpal.

“Sebab tu lah pelajar Malaysia di Mesir mesti berteman dgn lelaki kalau nak kemana-mana. Kalau tak, mesti akan diganggu nanti. Ada yg kahwin awal supaya mudah urusan selama mereka belajar sana. Laki Mesir ni memang pantang nampak perempuan walaupun kau tutup berpurdah. Jadi perempuan yg sendirian kat sana memang tak selamat. Ni diceritakan ustaz tempat aku belajar agama.” – Hana Sahaman

“Penting nya sekarang ni adalah wanita yg tahu seni bela diri…silat,,taekwando,,muay,,boxing or else..lagi² yg nk belajar overseas or luar negeri…yg jauh dri mak pakk…wajib ada seni bela diri..sekadar berjaga²” – Zie Arien

“Ya Allah… kerana cinta ditolak sanggup ko sembelih awek ko yea…harap² kat Malaysia ni xde la perkara mcm ni terjadi…ramai pompuan cantik diluar sana..” – ida azmi

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Egypt Independent , Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.