Bila cakap soal jodoh ni, kita tak nak pastikan siapa yang bakal jadi peneman hidup kita nanti. Kadang-kadang tu kawan sendiri, ada juga kekasih yang dah lama kenal, dan ada sesetengah kisah tu pula berkahwin dengan anak murid sendiri.
VIDEO DI BAWAH SEKALI
Macam kisah yang min nak kongsi kalini, siapa sangka kena hantar posting bertugas sebagai guru jauh dari kampung halaman ni menyatukan sebuah pasangan pada akhirnya. Suwit gittuww..
Cikgu asal Terengganu posting ke Sarawak
Menerusi kisah yang viral baru-baru ini di media sosial, seorang lelaki berkongsikan kisah manis dia bertemu suri hatinya.
Melalui posting yang dimuat naik di akaun TikTok @mat_din official ini, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Din menceritakan bahawa dia yang berasal dari Terengganu itu telah dihantar bertugas sebagai guru di Sarawak.
Semasa bertugas di sana, Cikgu Din mengenali dengan seorang gadis yang juga anak muridnya. Tapi masa tu memang hubungan mereka hanya sebagai guru dan pelajar.
Namun apa boleh buat kalau dah jodoh kan, walaupun jarak umur sejauh 10 tahun gadis tersebutlah yang jadi peneman hidup Cikgu Din dan pada 12 Julai yang lalu, mereka telah selamat disatukan.
Posting Cikgu Din dah dapat perhatian ramai, dan sehingga kini video tersebut dah meraih lebih dari 1 juta views.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaikan tak percaya dengan kisah Cikgu Din ini serta ada juga yang nak tahu lebih lanjut siapa yang confess dulu. Namun ramai juga yang berkongsi kisah nakal mempunyai minat terhadap cikgu masing-masing dulu.
Antara komen netizen
kami nak tahu siapa yg luah dulu
Saya dulu minat ngn guru besar
umi saya dan abah pon dulu student&teacher
Tonton Video:
Dari student jadi wife
kredit tiktok
@cik_dien92 pic.twitter.com/fFFzKldvuC— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) July 14, 2021
Pihak kami mengucapkan tahniah kepada pasangan dan semoga berbahagia ke anak cucu.. Amin.. Apa pendapat korang? Korang pun pernah ada crush dekat cikgu dan sekarang dah kahwin ke?
sumber lobakmerah & cik_dien92