Luna Maya

Video: ‘Mama BiIa Bercinta, Dia Macam….’- Cik B Tak Setuju Vida Kahwin, Dedah SeIalu Gaduh Dgn Iqbal

Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida telah mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya iaitu Iqbal Zulkefli.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Vida juga mengakui tidak ‘berani’ memberitahu anak perempuannya iaitu Cik B mengenai perkara tersebut.

Video: ‘Mama BiIa Bercinta, Dia Macam….’- Cik B Tak Setuju Vida Kahwin, Dedah SeIalu Gaduh Dgn Iqbal

Menerusi temubual bersama Melodi, Cik B mengakui tidak bersetuju dengan keputusan Vida untuk mendirikan rumah tangga selain niatnya yang ingin memiliki anak lagi.

Jelas Cik B, jarak usia antara ibunya dengan Iqbal sangat jauh berbeza menjadikan salah satu faktor dia tidak merestui perkahwinan tersebut.

Saya deep down saya sangat kurang setuju. Ye lah, mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal ni umur 25 ni suka orang tua. Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukup lah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.

Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga.

Video: ‘Mama BiIa Bercinta, Dia Macam….’- Cik B Tak Setuju Vida Kahwin, Dedah SeIalu Gaduh Dgn Iqbal

Tidak terhenti di situ, Cik B turut mendedahkan bahawa dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik malah mereka seringkali bergaduh.

Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa. Saya gaduh dengan dia memang luar biasa. Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri.

“Sepatutnya, kalau betul mak nak kahwin. Kena berterus terang dulu dengan anak. Bila anak dah terima barulah di war warkan. Ni anak tahu dari orang lain. Mesti lah kecewa. Lagipun anak2 dalam fasa membesar. Emosi pun terganggu. Bukan senang ye anak anak nak terima orang baru dalam keluarga. ” – Putri

‘Mana tak matangnya, cik b baru umo 16 tp dah lalui fasa dari 5 ayah..tahu la dia camner serik ke tak rasanya. Semoga Allah berikan satu2nya anak dara dsv ni ketabahan dan membahagiakan hatinya” – Ezatul

Menurut Cik B, pada awalnya dia menyangka kontroversi perkahwinan Vida dan Iqbal hanyalah marketing semata-mata namun lama kelamaan isu itu dilihat semakin serius. Namun, sekiranya benar mereka berjodoh, Cik B berharap agar ibunya akan mengecapi kebahagiaan.

Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

“Bijak cik B ni ..dia bkn ank nk halang mak dia bahagia….apa yg cik B fikir tu mmg dah berlaku…mak dia je nk nafikan…umur2 mcm ni baik fikir hal inadah dan ank2…klu nk teman cari yg sekufu…” – Norliyana

“Sokong cik b keputusan yg tepat tu dia dah 5 kali kawin terror lah datuk vida,yg kekal maha pencipta kita.doa seorang anak pada org tua nya tiada hijab .” – Rahimah

Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal.

Dalam kesempatan itu, Cik B sempat memberi pesanan kepada Vida supaya dapat berfikir dan menilai niat seseorang yang ingin mendekati dirinya adakah orang tersebut benar-benar mencintainya atau sebaliknya.

Video

 

Sumber: Melodi

Kisah percintaan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida terus mencuri tumpuan ramai.

Terbaru, Vida menerusi siaran langsung di Instagramnya semalam, memohon doa orang ramai supaya anaknya Cik B dilembutkan hati untuk menerima segala keputusan.

“Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa.

“Doa saya ni ibu memang la insya-Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan.

“Termasuklah menjadi anak yang soleh, hebat, rajin bisnes, cantik, kurus dan berdikari,” katanya.

Menerusi siaran langsung itu, Vida dilihat turut menitiskan air mata setiap kali berbicara mengenai Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16.

Malah, Vida yang kelihatan sebak telah beberapa kali cuba ditenangkan oleh pembantunya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-ratanya setuju sekiranya Vida memberikan masa dan ruang kepada Cik B untuk berfikir.

Pun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dengan perkahwinan berkenaan.

Terdahulu, Vida memaklumkan dia masih belum berani untuk memberitahu anak sulungnya itu tentang hasratnya untuk berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Justeru, Vida mahu khabar gembira itu diketahui Cik B menerusi laporan media, bukan dari mulutnya sendiri.

Cik B kemudian memberi respon sarkastik di Twitter hingga mengundang pelbagai reaksi warganet yang terhibur dengan telatah anak beranak itu.

Sekadar info, kisah Vida dan Iqbal mula menjadi sorotan ramai selepas pelantun lagu I Am Me itu membuat ujian kesuburan dan menyatakan hasratnya untuk memiliki zuriat.

Hal itu disambut baik oleh Iqbal yang sudah lama menaruh hati dan harapan kepada usahawan kelahiran Kelantan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *