Luna Maya

‘Kalau Susah Cari Caprice, Cari Sajat Dulu’ Sumpah Caprice penat – Caprice

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Caprice mengakui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuatkan dirinya berasa tidak selamat di Jordan dan takut untuk pulang ke tanah air.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli melalui sesi Live di Instagramnya tadi berkata, dia berasa kusut sebaik sahaja mendapati media di Malaysia melaporkan PDRM meminta bantuan Interpol untuk menghubunginya.

“Saya dah beli tiket nak balik Malaysia, tapi bila baca berita kata Polis minta tolong Interpol cari Caprice, Caprice terus koyak tiket.

“Bila polis dengan Interpol cari macam ini, memang tak lah Caprice nak balik Malaysia,” katanya.

Caprice turut mengakui dia berasa takut dan berasa kusut apabila mengetahui dirinya sedang dicari oleh pihak polis susulan laporan polis yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.

“Makin lama saya ada rasa takut sikit sebab semuanya semakin pelik.

“Hidup saya kusut sedikit pagi tadi selepas media di Malaysia melaporkan PDRM hendak minta tolong Interpol cari saya di sini,” ujarnya.

Terdahulu, PDRM telah memohon bantuan Interpol bagi berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Sebelum ini, Ebit Lew membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menerusi laman sosial baru-baru ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. – K! ONLINE.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah meminta bantuan dari Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Menurut laporan Sinar Harian, mereka dikesan untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat seorang pendakwah terkenal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengatakan bahawa Caprice dan Nadir diminta untuk berhubung dengan pihaknya bagi tujuan siasatan.

“Kita sudah berbual (chat) dengan kedua-dua individu ini, namun tidak dibalas, jadi kita telah minta bantuan Interpol untuk kesan dan berhubung dengan mereka.

“Ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, kedua-dua individu tersebut diminta untuk memberikan kerjasama untuk merakam percakapan.

“Semua proses kita sudah laksanakan cuma rakaman percakapan kedua-dua individu ini masih belum dapat dijalankan.

“Kita minta kedua-dua ini dapat beri maklum balas secepat mungkin,” katanya.

“Orang kata, ada pihak cari kita? Amman to Ramallah. Siapa-siapa tengah cari, p0l¡s ke, In.tɛr.p0l ke, mak mertua ke, Zizan untuk ‘keychain’ F¡.rɑ.un ke, boleh WhatsApp saya.

‘Kalau Susah Cari Caprice, Cari Sajat Dulu’- Caprice
“Nombor (telefon) ada di ‘bio’ Instagram,” tulisnya.

Malah, Caprice juga ada memetik nama Sajat dalam kapsyen terbarunya di Instagram, membuatkan orang ramai tertanya-tanya, kenapa nama Sajat pula yang dipetik oleh Caprice.

‘Kalau Susah Cari Caprice, Cari Sajat Dulu’- Caprice

Sumber Kosmo, HM, IG caprice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *