Nampaknya influencer dan juga aktivis kemanusiaan, Caprice seakan membalas semua ‘perlian’ aktor, Sharnaaz Ahmad bersama Shukri Yahaya dalam IG live mereka malam tadi.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Caprice telah memuat naik semula sedutan IG live Sharnaaz bersama Shukri dari aplikasi TikTok yang berjaya dirakam warganet ketika pelakon itu bermain filter menjadi ‘Pak Arab’ dan menyebut negara Jordan.
Double meaning Sharnaaz itu umum difahami netizen memandangkan hanya seorang sahaja influencer yang viral baru pulang dari Jordan selepas melaksanakan ‘jihadnya’ untuk negara Palestin.
“Dari jauh je berani sotong see u when i see u,” tulis Caprice seakan memberi amaran.
Sehubungan dengan itu, pelbagai komen telah diterima di posting tersebut. Rata-rata warganet berada dipihak Caprice kerana merasakan tindakan Sharnaaz dilihat keterlaluan kerana IG live tersebut ditonton puluhan ribu orang.
Namun begitu, ada juga yang bertanya semula kepada Caprice sama ada dia ‘koyak’ ataupun tidak dan memintanya tak ambil pusing perkara tersebut kerana dia juga ada melakukan kesilapan sama.
Walau bagaimanapun, diharap tiada perbalahan antara mereka dan anggap sahaja semua yang berlaku sebagai gurauan antara rakan-rakan.
Tonton video di bawah
Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah
Sumber: OhMyMedia, Instagram Caprice