Luna Maya

Teguran isu di Gaza tak dilayan, Instagram Caprice kena ‘block’ dengan Ebit Lew?

Sejak beberapa hari ini, ruangan penyanyi rap terkenal, Caprice kerap memberi bayangan mengenai satu pendedahan yang akan dibuat.

Walau bagaimanapun, dia masih menunggu sehingga 21 Julai 2021 bagi memaklumkan hal sebenar yang dikatakan boleh membuatkan rakyat Malaysia terkejut berhubung dengan misi kemanusiaan melibatkan Gaza dan Malaysia.

Namun begitu, menerusi IG story selebriti tersebut, dia tidak henti-henti menulis beberapa hint yang membuatkan orang ramai mulai meneka siapakan gerangan yang dimaksudkan olehnya.

Selain Caprice, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew juga telah datang ke sana bagi melakukan misi kemanusiaan memberikan bantuan kepada penduduk di negara tersebut. Jadi, isu terbabit dikatakan merujuk kepada pendakwah berkenaan.

Dalam perkongsian Caprice lagi, dia seakan meluahkan rasa tidak senang dan ralat dengan apa yang berlaku terutamanya berkenaan gambar yang diambil semasa team Ebit Lew memberikan bantuan.

Teguran isu di Gaza tak dilayan, Instagram Caprice kena ‘block’ dengan Ebit Lew?

Teguran isu di Gaza tak dilayan, Instagram Caprice kena ‘block’ dengan Ebit Lew?

Dia akui telah memberikan teguran lewat direct message (DM) dan juga menerusi aplikasi WhatsApp, namun semuanya tidak dibalas oleh pihak ustaz.

Teguran isu di Gaza tak dilayan, Instagram Caprice kena ‘block’ dengan Ebit Lew?

Teguran isu di Gaza tak dilayan, Instagram Caprice kena ‘block’ dengan Ebit Lew?

Namun begitu, Caprice telah menyertakan satu tangkapan skrin dengan mendakwa telah di block di Instagram. Dia meluahkan rasa sedih, sakit hati dan malu kerana idolanya selama ini melakukan hal berkenaan hanya sebab menerima teguran.

Menurutnya lagi, dia hanya menegur pendakwah tersebut secara peribadi dan tidak sangka ia mendapat ‘hukuman’ sebegitu.

Teguran isu di Gaza tak dilayan, Instagram Caprice kena ‘block’ dengan Ebit Lew?

Teguran isu di Gaza tak dilayan, Instagram Caprice kena ‘block’ dengan Ebit Lew?

Tambahnya lagi, dia menanti hampir dua minggu mengharapkan agar apa yang berlaku bukan dari tindakan pendakwah tersebut.

Namun, tidak sangka apabila ‘bodyguard’ Ebit Lew pula yang seperti membakar lagi hubungan baik Caprice dan ustaz dengan melakukan parodi bercakap seperti Influencer berkenaan.

Teguran isu di Gaza tak dilayan, Instagram Caprice kena ‘block’ dengan Ebit Lew?

Caprice turut menyertakan tangkapan skrin DM yang diterima daripada seorang pengguna Instagram yang juga isteri kepada lelaki Arab.

Dia memaklumkan beberapa tindakan yang dilakukan team UEL tempoh hari merupakan salah satu perkara yang tidak disukai oleh bangsa mereka.

Teguran isu di Gaza tak dilayan, Instagram Caprice kena ‘block’ dengan Ebit Lew?

Influencer berkenaan dilihat meluahkan rasa ralatnya dengan memaklumkan yang ini kali pertama dia bertemu dengan team menggunakan nama Islam namun bergaya seperti boyband.

Teguran isu di Gaza tak dilayan, Instagram Caprice kena ‘block’ dengan Ebit Lew?

Luahan-luahan daripada Caprice itu telah mendapat perhatian warganet di media sosial. Kebanyakkannya berasa kurang senang dengan apa yang berlaku namun tidak berani membuat kesimpulan sendiri.

 

Walau bagaimanapun, Influencer berkenaan akan melakukan live di Instagramnya pada 21 Julai 2021 bagi ‘membongkar’ hal sebenar.

Semoga apa yang terjadi dapat dijernihkan dan ada penjelasan sewajarnya.

Sumber:  Ohmymedia, Instagram Caprice, Twitter @Measellie

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *