Luna Maya

Rakaman kemaIangan Toyota Camry Ianggar Iori balak. Mangsa maut di tempat kejadian

DUNGUN – Seorang pemuda maut selepas kereta jenis Toyota Camry dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori balak di Kilometer 357.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun di sini hari ini.

RAMAKAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi itu, Chow Soon Khong, 21, yang berasal dari Ampang, Selangor meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan disebabkan kereta Toyota Camry dipandu Soon Khong yang dalam perjalanan

menghala ke Kuantan, Pahang dikatakan cuba memotong sebuah lori membawa muatan balak di hadapannya.

Baharudin berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat.

Tambah beliau, pemandu lori balak tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tonton Video:

Salam takziah buat keluarga.

Sumber kosmo

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *