Luna Maya

BIn dpn suami kawen lain, aku tkut nk bgth metua yg aku hamil 2 bln slps 6 thn menunggu tkut hlg pkhwinan suami

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Min hide kan profil saya. Min boleh tak post status sy ni. Saya sorang isteri, perkahwinan saya dan suami hampir 6 tahun. Harini saya rasa sangat gembira bila dktor sah kan saya hamil 2 bulan anak pertama kami.

tapi Min, dalam masa yang sama saya sedih sangat, bulan depan suami saya nak kawin lain atas desakan mak mentua, mereka nak kan keturunan.

Allahurobbi sedihnya hanya Allah saje yang tahu. Saya ingatkan dalam drama je berlaku macam ni tapi realiti pun terjadi, ujian yang saya lalui sgt berat min. Di uji tidak miliki zuriat yang cepat.

Saya takut nanti mak mentua ingat saya nak halang perkawinan mereka. Tolong saya saya harap suami saya baca. Agar dia tahu dia akan jadi bapa.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum semua. Aku dan suami sudah 10 tahun berumah tangga, kami kahwin semasa umur 26 tahun. Aku berkerja sebagai civil engineer dan dia seorang technician.

Dia seorang yang soft spoken. Aku pula jenis pendiam. Kami tiada anak, aku pernah miscarriage 3x. Keluarga mertua sangat baik.

Cuma sejak 3 tahun lepas aku disahkan menghidap knser.

Tapiā€¦. Masa aku jatuh saakit tu, mungkin aku tak dapat beri perhatian cukup kepada dia. Aku dapat tahu dia berhubung dengan sepupu aku.

Dia masih layan aku dengan baik. Dia kerap berjumpa wanita itu, mereka bercuti bersama, tidur di hotel mewah bersama-sama.

Suami aku bukan seorang yang berduit, rumah, kereta pun atas nama aku, kebanyakkan perbelanjaan aku yang keluarkan duit, tapi dia tak pernah culas bab nafkah.

Gaji dia digunakan untuk membayar bulanan bil, motor, beri duit kepada ibu bapa dan adik adik yang masih belajar, dan juga nafkah aku, selebihnya dihabiskan untuk topup barang dapur.

Jadi sepanjang mereka bersama wanita itu berbelanja untuk dia. Tidur di hotel mewah, makan mewah, shopping barang mahal, belikan gadget.

Bila aku tanya barang siapa beli, dia jujur bagitahu wanita tu yang belanja. Aku cuma mendiamkan diri. Aku tak reti marah, aku cuma menangis, aku tahu ini semua salah aku.

Kerana tak dapat bagi dia zuriat dalam masa sama aku masih dalam rawatan. Aku tak kuat macam orang lain semasa kim0 masih mampu bekerja dan melancong. Selepas tu dia jujur dia tidur dengan wanita tu.

Aku bilang aku sudah lama tahu, tapi aku tak mampu untuk berbuat apa apa. Hati aku berbelah bahagi. Aku lihat dia bahagia dengan wanita tu. Dia meminta maaf dan berjanji takkan ulang lagi.

Aku semakin pulih dan aku sudah kembali bekerja, sedaya upaya aku berikan perhatian, setiap hari aku masak dan berhias walaupun ada hari badan aku lelah sangat bila balik daripada kimoterapi. Macam2 aku buat untuk buat dia tak rasa sunyi.

Dia pun makin gembira. Ku sangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari, belakang aku dia masih jumpa wanita tu. Setiap hari minggu mereka akan check-in. Aku jumpa receipt hotel dekat email dia.

Aku berhubung dengan wanita itu, dia cakap dia tiada apa-apa dengan suami aku. Dia cakap hanya teman pergi makan dan jalan jalan je.

Kalau lihat, memang wanita tersebut tidak nampak langsung seperti wanita yang akan tergamak mengkhianati kaaumnya sendiri.

Wanita itu lebih cantik, muka nya ayu dan lembut, kata kata nya manis, pakaiannya menutup aurat.

Mungkin itu yang membuatkan suami aku kalah kepada nfsu. Dia minta maaf dan merayu tidak akan mengulangi. Malangnya sudah bertahun tahun begitu.

Akhirnya aku kuatkan hati, aku cuba tawarkan hati bila tiap kali dia memujuk, walau hati aku sebenarnya mahukan dia, tapi aku dah taknak tengok dia buat dosa lagi, aku bilang pergilah kahwin dengan wanita tu, lepaskan aku.

Dia cakap dia tak sayang dekat wanita tu. Akhirnya selepas abang aku berbincang dengan dia, barulah dia mahu lepaskan aku. Dia menangis sepuasnya.

Masa tu aku dah tiada air mata lagi. Aku cakap, lepasni jangan skiti hati wanita tu pula, sayangi dia, hargai dia.

Halalkan kasih sayang dan semua yang kau telah beri kepada aku. Maafkan kekurangan dan kesalahan aku semasa menjadi isteri kau ya. Kau lelaki yang baik, cuma salah pilih jalan.

Allah tahu betapa peritnya hidup selepas perpisahan, hidup terasa kosong. Separuh dari jiwaku pergi. Tapi hati aku puas, aku tahu hanya dengan cara begini akan jadi pengajaran kepada dia dan diriku.

Aku sekarang adalah cnsr srvivor, aku sedang menyambung pelajaran di luar negara. Hati belum terbuka lagi untuk menerima sesiapa tapi hidupku lebih ceria kini.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber : informasiviral

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published.