Luna Maya

Kanak-kanak empat tahun ada kndungan dadah dalam badan akhirnya terpaksa ditidurkan

Kota Bharu: “Saya tidak tahu dia (anak) dibawa keluar bapa saudaranya kerana tiada di rumah namun jam 5 petang ketika pulang, keadaan anak saya lemah dan sangkakan dia letih bermain,” kata ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal kerana terdapat kandungan dadah dalam badan.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Ibu mangsa berusia 36 tahun berkata, anaknya dibawa suspek keluar tanpa pengetahuannya pada 2 petang kelmarin dan memaklumkan cuba mencari kanak-kanak itu kerana bimbang.

Menurutnya, sebaik anak bongsu dari tiga beradik itu pulang tiga jam kemudian, kebimbangannya tidak hilang kerana melihat keadaan mangsa yang letih dan pucat sebelum menidurkan kanak-kanak lelaki itu.

“Tidurnya juga tidak nyenyak dan sering tersentak membuatkan saya tidak sedap hati selain wajahnya kelihatan semakin pucat.

Suspek yang juga bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam tadi dan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 26 Jun ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Doktor memaklumkan anak saya perlu ditidurkan kerana keadaannya yang sangat lemah kesan daripada dadah itu.

“Pilu hati saya melihat keadaannya sebegitu dan walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap berbisik di telinganya agar bukakan mata dan segera sembuh.

“Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain, itu sahaja yang saya harapkan,” katanya dihubungi hari ini.

Wanita itu berkata, anaknya adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah pertuturan (lambat) dan baru boleh berjalan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal selepas pemeriksaan mendapati terdapat kandungan Methamphetamine dalam badannya.

Susulan itu, seorang buruh yang juga bapa saudara kanak-kanak itu yang berusia 30 tahun ditahan malam kelmarin, untuk membantu siasatan.

Suspek yang memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah direman sehingga 26 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.