Luna Maya

Budak tular menangis kini tersenyum, dapat kasut Safiq Rahim & jersi Arif Aiman

Kanak-kanak lelaki yang videonya tular kerana menangis selepas aksi kekalahan Harimau Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada minggu lalu kembali mencuri tumpuan orang ramai.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Terbaru, kanak-kanak tersebut sekali lagi dirakam ketika menerima hadiah kasut ‘boots’ daripada pemain skuad kebangsaan Safiq Rahim sewaktu perlawanan Malaysia menentang Bangladesh semalam.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @muiiizzzzz berkongsi momen istimewa itu memaparkan Safiq menghampiri satu ruangan di tempat duduk penonton sebelum membaling kasut ke arah kanak-kanak berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, dia turut mendapat jersi eksklusif yang dipakai tonggak sayap Harimau Malaya dan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman sewaktu perlawanan tersebut.

Jelas kelihatan riak wajah gembira kanak-kanak itu apabila menyarungkan jersi terbabit berdasarkan satu perkongsian InstaStory oleh seorang pengguna laman Instagram, @yob_karipulai.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit sememangnya aktif bermain bola sepak dan berada di bawah kelab remaja elit FC Setia Alam dengan bimbingan jurulatih Shazwan Wong.

Terdahulu, video tangisan kanak-kanak itu turut mengundang sebak ramai apabila tular selepas dimuat naik oleh pengguna TikTok @bojat45 sehingga menerima hampir setengah juta tontonan.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: TikTok @muiiizzzzz & @bojat45 , Instagram @yob_karipulai , Twitter @ShazwanWong

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *