Luna Maya

Khabar duka, budak IeIaki 3 tahun meninggal dunia akibat terjatuh di Tasik Kenyir. Salam takziah buat keluarga

HULU TERENGGANU – Kegembiraan sebuah rombongan dari Kuala Nerus beriadah sambil memancing bertukar tragedi apabila anak lelaki seorang peserta berusia tiga tahun mati lemas di Tasik Kenyir, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, mangsa, Muhammad Al Fateh Muhammad Khairul Aiman telah terjatuh ke dalam tasik berkenaan ketika rumah bot dinaiki mereka sedang berlabuh berhampiran kawasan Air Terjun Langsir.

GAMBAR PENGEBUMIAN JENAZAH DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sewaktu kejadian bapa mangsa, Muhammad Khairul Aiman Mohd. Ariffin, 30, yang merupakan seorang peniaga dikatakan sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat Isyak.

“Dia terkejut apabila dimaklumkan anak lelakinya terjatuh dari rumah bot dinaiki mereka sebelum tenggelam ke dalam tasik.

“Seorang kru rumah bot berkenaan mengambil tindakan pantas terjun ke dalam tasik tersebut bagi menyelamatkan mangsa,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Gawi di sini hari ini.

Rohaimi berkata, Muhammad Al Fateh berjaya ditemui dalam tempoh 10 minit dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum diberi bantuan penafasan.

Tambah beliau, kanak-kanak lelaki itu dikejarkan ke Jeti Pengkalan Gawi dengan bot laju sebelum dihantar ke Unit Kecemasan (ICU) Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.

Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.. Nak maklum, Anak syurga Ustaz Aiman , Muhammad Al-Fateh bin Muhammad Khairul Aiman telah pergi menghadap ilahi sebentar tadi. Doakan semoga keluarga ustaz terus kuat menghadapi ujian ini ya.

Solat jenazah arwah dihadiri oleh Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Haji Mohd Fadhil Wahab. En.Azmi Mokhtar mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus turut bersama.”

Innalillahwainnailahirojiun..

Salam takziah untuk sepupuku Aiman Ariffin & isteri atas kehilangan anak syurganya muhammad al-fateh 4tahun pada malam tadi dlm 1 tragedi di tasik kenyir… Semoga tabah dalam ujian. Allah sayang kalian. Anak syurga untuk kalian

“Sebaik tiba di hospital pada pukul 10.48 malam, pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber Kosmo dan facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *