Luna Maya

Buat konten perli ‘coupIe’ tak halal beli pil cegah hamiI, pelajar farmasi kena kecam

Media sosial sememangnya satu medan untuk setiap orang bebas memuat naik apa sahaja bagi tatapan umum. Perkongsian-perkongsian tersebut nyata membolehkan mereka mendapat perhatian baik secara positif ataupun negatif.

RAKAMAN VIDEO DI AKHIR ARTIKEL

Walau bagaimanapun, jika tersilap langkah, memang buruk padahnya memandangkan semua orang boleh meninggalkan pendapat masing-masing tanpa batasan.

Posting itu nyata membuatkan banyak pihak tidak berapa setuju kerana kapsyen yang disertakan didakwa menyinggung sesetengah pihak kerana seakan-akan memerli pasangan yang membeli pil postinor di farmasi.

Buat konten perli ‘coupIe’ tak halal beli pil cegah hamiI, pelajar farmasi kena kecam

Video tersebut juga dimuat naik semula oleh individu lain di Twitter dengan menyertakan rasa kurang senangnya dengan kenyataan yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika bertemu dengan pharmacist seperti gadis tersebut ketika mahu membeli pil mencegah kehamilan.

Rata-rata berpendapat bahawa apa yang dilakukannya melanggar etika sebagai pegawai perubatan kerana tak semua yang membeli pil tersebut merupakan pasangan yang belum berkahwin.

Netizen juga mempersoalkan etika mereka sebagai pegawai perubatan yang seharusnya lebih peka tentang pil tersebut serta kesan sampingan kepada pengguna daripada sibuk menguruskan hal peribadi orang lain.

Difahamkan, ada pihak yang telah membuat aduan berkenaan etika pelajar tersebut kepada pihak pengurusan kolej.

Walau bagaimanapun, hal ini masih lagi menjadi perdebatan di media sosial kerana beranggapan perkara sebegitu tidak harus dijadikan konten untuk meraih perhatian.

Sumber Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published.