Luna Maya

Video: “Saya terangkan satu persatu, truk anak anak nangis” Shuib sebak beritahu anak anak yg lbu dh tiada

Pemergian Allahyarham Siti Sarah pastinya meruntun hati sang suami, Shuib yang ikhlas mencintainya.

Apatah lagi apabila melihat wajah anak-anak mereka yang penuh pengharapan, menanti pulangnya ibu mereka ke rumah bersama adik kecil bernama Ayash Affan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Kongsi Shuib, biarpun cuba mengelak pada awalnya, Shuib akhirnya mengumpul kekuatan bagi menceritakan hal sebenar kepada anak-anaknya mengenai pemergian ibu mereka selepas pulang dari hospital apabila si anak terlebih dahulu membaca berita di media sosial.

Kata Shuib, beliau telah memanggil semua anaknya berkumpul untuk berterus terang dengan mereka.

Pada masa yang sama ujarnya, laporan media di televisyen memaparkan berita pemergian Siti Sarah, membuatkan salah seorang daripada mereka bertanya, “Betul ke ibu dah takde?”

Biarpun sebak, Shuib menjelaskan perkara sebenar kepada mereka semua.

“Saya terangkan satu persatu. Teruk dia menangis. Saya cakap, “Kita berdoa dengan Allah kita nak ibu balik.

“Tapi ibu bukan milik daddy, bukan milik Uwais, Talita, Matin, Ayash.

Komen netizen :

“Ibu milik allah. Jadi Allah taknak pulangkan kat kita, Allah nak jugak dia sebab Allah sayang dia. Jadi Allah nak ambik dia dan kita takkan jumpa dia lagi.”

 

Sumber: Shuib, Era (Malaysia)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *