Luna Maya

Akibat rawatan besarkan punggung, Raja Ilya ‘seksa’ hampir hiIang nyaawa

Pelakon Raja Ilya mendedahkan, dia pernah menjadi mangsa doktor estetik palsu selepas membuat suntikan ‘filler’ pada punggungnya  sekitar 2008 hingga 2009.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menurut laporan BH Online, dia yang ketika itu masih naif berasa diskriminasi selepas dikatakan tiada aset seperti punggung besar ketika menghadiri uji bakat filem Tamil di India.

“Penerbit menyatakan saya tiada aset seperti punggung besar. Saya berputus asa dan kemudian menyambung kerja sepenuh masa di Malaysia Airlines (MAS).

“Apabila saya berkongsi cerita ini dengan rakan jurusolek, dia menyarankan membuat punggung dan memperkenalkan kepada seorang doktor,” katanya.

“Saya sedih doktor tidak tahu nak buat apa kerana ingatkan saya mempunyai penyakit pelik. Saya akhirnya dimasukkan ke wad pengasingan bakteria berbahaya selama berminggu-minggu,” kongsinya.

Selepas mengetahui ia adalah minyak silikon, dua tahun selepas itu dia melakukan rawatan membuang bahan terlarang berkenaan sebanyak mungkin.

“Sebab kebanyakan minyak silikon sudah melekat dengan otot, organ dan tulang belakang. Jika mahu membuangnya saya berdepan risiko lumpuh sebab ia berada sekeliling saraf tunjang.

“Jadi, doktor melakukan prosedur yang mana tidak semuanya boleh dikeluarkan. Semua ketulan kelihatan sama dapat dikeluarkan, manakala, ketulan dekat organ, tidak boleh.

“Memang sedih saya kena hidup dengan ketulan sana sini sehingga sekarang,” tambahnya.

Sebelum ini, Raja Ilya tidak berpuas hati berhubung kematian seorang lelaki yang menerima suntikan membesarkan otot punggung dimana kes tersebut ditutup dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Ohmymedia, BH Online (Fatin Farhana Ariffin) , Instagram Raja Ilya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *