Semenjak dua menjak ini, sering kita dengar tragedi kemalangan jalan raya yang berlaku membabitkan penghantar makanan atau rider, malah ada yang menyebabkan kehilangan nyawa.
Menurut hantaran pengguna akaun Shahnita Entertainment, melalui group Facebook FoodPanda Rider Malaysia, seorang rider servis penghantaran makanan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terbabit kemalangan jalan raya.
Kejadian dikatakan berlaku di persimpangan Petronas Bandar Enstek, menghala ke Kota Serimas, Nilai, Negeri Sembilan.
Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikhabarkan baru mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu.
Menurut warga net yang dipercayai merupakan warga setempat, insiden tersebut terjadi petang semalam.
Pengguna jalan raya diminta untuk lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian serupa terus berlaku.
Takziah buat keluarga mangsa. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.
Sumber: Facebook FoodPanda Rider Malaysia