Luna Maya

Gagal potong barisan, ‘brader kopiah’ dikecam – “Sendiri Yg salah, sendiri koyak”

Gara-gara kereta dipandunya gagal memotong barisan, seorang lelaki bertindak samseng apabila didakwa mengekori kenderaan pemandu yang tidak memberikannya laluan di lorong berkenaan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Seorang pengguna laman Twitter, @vicenzolorenzo berkongsi rakaman dashcam memaparkan kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam itu cuba ‘menyelit’ masuk ketika kenderaan lain sedang menunggu lampu isyarat merah.

Bagaimanapun, mangsa terus memandu dan tidak memberi peluang tersebut lalu menyebabkan kereta lelaki itu terpaksa ke bahagian tepi sedikit sebelum berjaya memasuki laluan berkenaan.

Tidak berakhir di situ, lelaki tersebut kemudiannya mengekori mangsa yang ketika itu mahu menghantar rakannya pulang di sebuah kawasan perumahan sebelum mereka berjumpa ‘face to face’ antara satu sama lain.

Selepas memberhentikan keretanya, lelaki itu dilihat keluar tanpa pelitup muka selain berjalan dengan gaya lagak samseng sekali gus mendekati serta meminta penjelasan daripada mangsa.

Rakaman berdurasi dua minit 19 saat itu diulang kicau hampir 650 kali dan menerima pelbagai reaksi warganet mengecam tindakan ‘acah-acah’ samseng lelaki terbabit yang disifatkan memalukan apatah lagi dengan imej berkopiah.

Namun begitu, tiada maklumat lanjut dikongsi atau sebarang kenyataan polis berhubung kejadian terbabit.

Sumber: Twitter @vicenzolorenzo

Leave a Reply

Your email address will not be published.