Luna Maya

“Bangunlah sayang,” lstri Terpksa Ditidurkan utk Lahirkan Anak, Sehingga Hari Ini Masih Belum Sedar, Suami minta org ramai doakan

Setiap ujian Allah ada hikmah yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh kita. Baik dari kesihatan, rezeki atau apa sahaja.

Bagaimana kita menghadapinya itu yang Allah nak tengok dan ganjarannya pasti besar.

Begitu juga dalam hubungan suami isteri. Kurniaan cahaya mata akan melengkapkan lagi sesebuah keluarga.

Saling melengkapi antara satu sama lain. Namun, jika pasangan kita ditimpa musibah, pasti kita pun turut terasa sakitnya.

Dengan kes wabak pandemik ini yang semakin meningkat saban hari, kes yang membabitkan ibu hamil positif juga semakin meningkat.

Lebih memilukan, ibu dan bayi dalam kandungan turut berisiko sehingga ada yang perlu menjalani pembedahan melahirkan bayi lebih awal dan ibu terpaksa ditidurkan.

Sudah tentu situasi seperti ini turut memberi kesan buat ahli keluarga dan anak-anak yang mengharapkan si ibu dapat kembali sedar dan pulang ke rumah seperti biasa.

Moga ada keajaiban buat isteri

Menerusi perkongsian seorang suami, Mohd Zulkifli Mohdisa, dia sangat mengharapkan doa orang ramai boleh memberi keajaiban buat isterinya, Faiqah yang kini sedang bertarung nyawa dan ditempatkan di ICU setelah disahkan positif.

Lebih meruntun jiwa, disebabkan oksigen isterinya turun mendadak sehingga terpaksa menggunakan mesin pernafasan dan pemantauan rapi, anak yang berada dalam kandungan juga terpaksa dilahirkan awal.

Terpaksa operate, keluarkan bayi usia 31 minggu

Menerusi tumubual oleh portal Pa&Ma, Zulkifli memaklmkan doktor terpaksa buat keputusan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi walaupun usia kandungan baru 31 minggu. Ini bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa. Kata Mohd Zulkifli

“Sejak isteri ditidurkan dan melalui pembedahan, sehingga sekarang keadaannya masih tidak sedar.

“Manakala bayi lelaki yang dilahirkan turut berada di NICU bawah pemantauan doktor kerana paru-parunya pun ada jangkitan.”

“Apa yang menyedihkan, kelahiran bayi kedua ini sangat ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga kerana anak sulung adalah perempuan dan kiranya kehadiran bayi lelaki melengkapkan kehidupan saya dan isteri. Namun Allah lebih mengetahui segala-galanya,” ujarnya.

Jangkitan di paru-paru isteri teruk dan kuman dalam darah tinggi

“Daripada apa yang diberitahu doktor, keputusan untuk tidurkan isteri kerana paru-parunya mengalami jangkitan yang agak teruk dan kadar jangkitan dalam darahnya juga tinggi.

“Sekarang hanya harapkan doa daripada orang ramai untuk beri kekuatan isteri kembali sembuh seperti sediakala. Ini saja yang saya harapkan buat masa ini,” katanya.

Tak sampai 36 jam, oksigen turun mendadak

Zulkifli memberitahu pada awalnya mereka satu keluarga positif dan isteri ditahan di wad Hospital Sungai Buloh kerana mengandung dan berisiko.

“Manakala saya dan anak hanya kuarantin di rumah kerana tiada apa-apa simptom dan tak teruk sangat.

“Selepas habis tempoh kuarantin dan keadaan isteri pun dah sihat, dia dibenarkan pulang ke rumah.”

Paru-paru ada jangkitan dan dara juga ada jangkitan kuman yang tinggi

“Lepas dibenarkan keluar hospital, seminggu selepas itu dapat tarikh untuk vaksin dan isteri pergi.

“Namun selepas itu dia kembali demam dan muntah-muntah. Saya bawa pergi hospital dan doktor buat pemeriksaan mendapati paru-parunya ada jangkitan dan darah dia pun ada jangkitan kuman yang tinggi.”

Oksigen drop sampai 51% dalam masa tak sampai 36 jam

“Dalam masa tak sampai 36 jam, oksigennya drop sampai 51%. Disebabkan itulah doktor terus ambil keputusan untuk tidurkannya dan bersalinkan awal anak kami.”

Doa orang ramai penguat isteri

“Assalamualaikum….pada yang mengenali isteri saya Faiq Iqah beliau telah ditidurkan pada tenghari tadi kerana kadar oksigennya turun mendadak hingga 51% dan memerlukan alat bantuan pernafasan 100%.

Bayi dikeluarkan secara operation

“Dan dalam pada masa yang sama baby dalam kandungan telah dikeluarkn dengan cara operation pada petang tadi.

“Alhamdulillah baby ok cuma agak lemah kerana pramatang. Mohon sahabat semua yang mengenali isteri saya, mohon doa kalian agar beliau dberi kesembuhan seperti sedia kala.

“Segala jasa baik kalian hanya allah sahaja mmpu membalasnya.

Sumber MediaKL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *