Insiden MH36O yang masih lagi hilang tanpa khabar berita sehingga hari ini benar-benar berbekas dalam diri rakyat Malaysia.
Pelbagai inisiatif digunakan untuk mengesan keberadaan pesawat Malaysia Airlines itu.
Ia termasuklah ada sesetengah pengamal perubatan alternatif yang dikenali sebagai Raja Bomoh menawarkan diri untuk membantu proses mengesan pesawat yang hilang tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan, pelbagai barang ritual untuk menghalau banjir disediakan dengan memperlihat Raja Bomoh serta seorang lagi wanita.
Mereka mulai membaca ayat-ayat al-Quran serta jampi serapah dengan senaskah kitab suci di hadapan mereka.
Sehubungan dengan tularnya video itu, ruangan komen pengguna TiTok berkenaan penuh dengan reaksi warganet yang bimbang dengan akidah umat Islam.
Raja bomoh cari pasal pic.twitter.com/UGB9LUcHQF
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) January 5, 2022
Ia susulan perkara tersebut sangat bertentangan dengan agama Islam.
Sumber: TikTok @akhiarmeer