Luna Maya

Khabar Duka, anggota bomba yang bantu mangsa banjir semalam telah meninggal dunia sebntar tadi. Salam takziah buat keluarga

INFO PGO NEGERI MELAKA MAKLUMAN BERITA KEMATIAN

Assalammualaikum, Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Adalah dimaklumkan PBK II KUP MOHD DIYA BIN CHE JUSOH ( Anggota BBP Melaka Tengah ) telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Besar Melaka jam lebih kurang 3.11 pagi ( Khamis – 21.10.2021 ). Jenazah masih berada di Hospital Besar Melaka. Segala maklumat akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Salam Takziah dari Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Terdahulu media melaporkan anggota bomba yang nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir.

MELAKA – Seorang anggota bomba nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah itu berjaya diselamatkan oleh rakan sepasukannya dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan anggota berkenaan tersangkut dalam aliran deras air banjir sebelum kira-kira lapan orang anggota bomba bersama-sama 10 penduduk kampung yang lain menyelamatkannya.

Jurucakap bomba bagaimanapun memberitahu, anggota tersebut masih belum sedarkan diri. – K! ONLINE

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga

Dapat berita sedih tadi.

Anggota bomba yang bantu mangsa banjir semalam telah kembali ke Rahmatullah kira-kira 3.11 pagi tadi.

Takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh dan seluruh warga JBPM Negeri Melaka.

Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada dan hamba-hambaNya yang soleh.

Al Fatihah

Tonton video :

Sumber Kosmo dan jabatan bomba malaysia

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *