Rembau : Awal januari 2022 genap lah setahun Lans Koperal Awang Ahmad Fadlizan dan pasangannya Safiah Ahmad diijabkabulkan bila mana mereka berkahwin awal januari 2021.
Apa yang berlaku sungguh memilukan hanya setahun mereka bergelar suami isteri kini terpisah selamanya bila Lans Koperal Awang Ahmad Fadlizan disahkan meninggal dalam kemalangan awal pagi semalam dilebuhraya Plus.
Kosmo melaporkan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas terbabit kemalangan di kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini, pagi semalam.
Hazri berkata, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6 petang ini dan dijangka akan dikebumikan esok di Sibu, Sarawak.
Menurutnya, segala urusan memandikan, mengkafankan jenazah disempurnakan di Hospital Rembau dan solat jenazah di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau telah diadakan tengah hari tadi.
Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..
Sumber kosmo
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah: