KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pagi ini.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
“Cuma saya, Syamsul dan pastinya, isteri baharunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah,” katanya.
Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Seperti yang diwar-warkan, hari ini Puteri Sarah Liyana akan menghadiri Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan tuntutan talak terhadap suaminya, Syamsul Yusof. Sementara itu, pengarah tersebut belum membuat kenyataan balas terbaru apalagi kini dia sedang sibuk dengan kerja-kerja pembikinan filem.
Cukup sudah 4 tahun perjuangan mempertahankan rumah tangga, kini tiba masanya untuk aktres ini menamatkan segala-galanya.
Dalam masa yang sama, penularan semula video lama Puteri Sarah beberapa tahun lalu nyata mengundang air mata netizen.
Bertemankan anak gadisnya di sebelah, Sarah sedang membuat video penjagaan wajah namun mukanya yang cengkung dan pucat sangat jelas kelihatan.
Walaupun sedang menanggung dugaan hebat, dia tenang merahsiakan kemelut itu daripada pengetahuan umum. Seperti yang ramai tahu, dahulu pihak Ira Kazar sendiri muncul mengakui tentang hubungan dengan Syamsul saat aktres ini menanti masa melahirkan Sumayyah (tahun 2019).
Meraih hampir 1 juta tontonan, ramai netizen terkejut melihat keadaan Puteri Sarah yang jelas-jelas sedang kuat memendam masalah sendirian. Namun kini semuanya sudah berakhir, mereka mendoakan agar dia dapat membina kehidupan baru yang jauh lebih indah selepas ini.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Kredit : TikTok puterisarahfans