Luna Maya

“Biasalah tu budak kecik” – Aksi Budak Mengamuk Tular Dikecam Netizen, Akhirnya Ahli Keluarga Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Selain sesi bermaaf-maafan dan menjamu makanan, sesi bergambar juga sering dilakukan oleh umat Islam di Malaysia ketika menyambut Aidilfitri.

RAKAMAN VIDEO PENJELASAN ADA DI BAWAH SEKALI

Apa tidaknya, semuanya sudah siap dengan baju baru dan sedondon jadi semua akan lebih teruja untuk bergambar bersama.

Bagaimanapun, sesi bergambar bersama keluarga ini nampaknya memberi kesan mendalam kepada warga di laman Twitter khususnya.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang menggunakan nama Bellansxrddn itu turut menunjukkan budak lelaki itu tiba-tiba terjatuh, membuatkan seisi keluarga ketawa malah mengejeknya.

Akibat tidak dapat menerima diketawakan oleh salah seorang saudaranya, budak lelaki berkenaan bertindak menumbuk kanak-kanak berkenaan sebelum merampas telefon bimbit yang sedang merakam.

Ini menjadi persoalan kepada Bellansxrddn yang terkejut dengan sikap budak yang memukul orang lain kerana kesalahannya sendiri.

Video berkenaan kemudiannya menjadi tular di twitter dan menarik perhatian ramai pihak yang kebanyakannya menyalahkan cara ibu bapa mendidik anak.

Selain itu, ramai yang kurang setuju dengan kenyataan “nama pun budak kecil” membuatkan kanak-kanak seperti ini semakin naik kepala.

Susulan tularnya video tersebut, pemilik akaun tiktok memuat naik lagi satu video terbaru untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

” Kami keluarga besar, ramai budak-budak so kami faham perangai budak kecil. Cuba korang tengok nampak adik ni dia diam je time ni”

Tambahnya lagi, dalam hal ini bukan salah mak bapak dia atau salah dia. Jangan disebabkan satu video tu terus judge bukan-bukan.

Selain itu dia turut mengingatkan semua agar mendoakan untuk mendoakan yang baik-baik buat adik tu.

Tonton Video Penjelasan : SILA KLIK DI SINI

Tonton Video Yang Tular Di Bawah:

Sumber Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *