Luna Maya

Suami baIing semua nasi dan Iauk2, kesian anak2 lapar tunggu sampai tertidur

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya dan suami dah kenal selama 20 tahun, dari zaman kami sekolah lagi. Usia perkahwinan kami baru 5 tahun dan kami telah di kurniakan 4 orang anak. 5 tahun, 3 tahun, 2 tahun dan 7 bulan.

Sebelum kahwin, suami seorang yang sangat baik tapi selepas kahwin, dia mula tunjuk per4ngai sebenar. Dia mula berani pukuI saya, sampai naik kaki tangan. Tiap kali mengandung, saya memang akan selalu kena pukuI dengan suami.

Dia sangat baran, kalau ada je yang tak kena mesti dia naik tangan. Setakat hari ni, anak – anak belom pernah kena pukuI dengan suami, cuma saya jer yang selalu kena pukuI. Cuma sekarang ni kalau suami meng4muk dia suka cakap,

Tapi mak mentua saya selalu salahkan saya kalau ada apa yang berlaku. Contoh semalam baru terjadi, nasi dah habis.

Saya masak nasi untuk makan malam, waktu tu maghrib. Saya tengah masak nasi, tiba – tiba suami nak maka tapi nasi dah nak masak.

Bila dia tengok nasi tak masak lagi, dia campak semua periuk nasi ke dinding. Habis bersepah nasi ke dinding. Kemudian dia campak semua lauk – lauk ke dinding dan pinggan mangkuk habis pecah. Saya? Dah laIi. Saya diam jer sambil kutip – kutip dan kemas macam orang b0doh.

Bila saya cerita dengan mak mentua, dia cakap salah saya siapa suruh tak masak nasi awal – awal. Itu jer.

Tapi susah saya nak cakap. Hidup saya 24 jam untuk diri sendiri pon tak pernah cukup. Dulu pernah sekali kat rumah mentua, masa tu anak baru dua orang.

Saya demam, saya nak tidur tapi saya tengah susukan baby, nak tidurkan baby. Anak sulong saya ber4k, suami suruh saya pergi basuh ber4k anak sulong. Bila saya cakap nak tidurkan baby jap sebab saya demam pon, memang saya jugak yang kena buat semua. Dia tak akan buat.

Saya cakap kejap walaupun kepala tak larat, suami saya pergi bukak baju seluar anak tapi dia biarkan anak tu. Sekali anak tu bukak pampers, berterabur habis naj1s. Suami datang kat saya meng4muk dan tendang – tendang saya, dia pukuI saya.

Mak mentua saya datang nak halang dia dan tarik dia. Suami saya cakap la, “betina ni degil. Aku suruh basuh ber4k anak. Dia degil tak nak pergi.” Kemudian mak mentua saya pon cakap, “kau pon degil. Lain kali dia cakap apa dengar lah. Salah sendiri, tanggung laa.”

Saya terus bangkit bersihkan naj1s anak, bersihkan anak dan saya nangis dalam selimut terus tidur. Setiap kali saya nangis selalu rindu mak ayah saya tapi mak ayah saya tak pernah tahu apa yang saya lalui  Saya tak ada kekuatan nak bercerita dengan mereka.

Anak saya rapat – rapat tapi saya tak merungut jaga anak. Kalau suami tolong sikit pon jadi lah tapi dia sendiri, main game jer 24 jam. Nak basuh cawan pinggan sendiri pon dia tak pernah buat. Kalau saya sedang solat, anak melaIak nangis, dia tak ada nak tolong jaga anak, ambil anak ke.

Saya sampai terp4ksa berhenti solat ambil anak. Dia? Macam tak wujud je kat rumah nih. Kami kat ruang tamu, dia dalam bilik main game. Malam kami nak tidur masuk bilik, dia duduk ruang tamu main game. Begitu la setiap hari.

Ikutkan hati, cinta saya untuk suami dah lama m4ti tapi salah satu sebab saya tak pergi kerana mak ayah saya orang miskin. Tak ada rumah sendiri.. Mak ayah saya duduk dengan abang, dia jaga. Kakak ipar pula tak berapa rapat dengan kami.

Saya tak ada tempat nak pergi dengan anak – anak yang masih kecil lagi. Kereta tak ada, macam mana saya nak lari. Tak apa lah.. Saya hanya mampu terus berdoa supaya Allah terus lembutkan hati suami supaya berubah. Mohon doa kawan – kawan doakan suami saya juga.. Terima kasih.

Updated : Benar lah kata orang. Kau kenal orang tu selama mana pon, bila dah kahwin, itu lah dia yang sebenar nya. Tak sama langsung. Sebelom kahwin dia tak pernah naik suara pon kat saya. Tapi lepas kahwin? Kaki tangan yang naik. M4ki hamun yang saya dapat.

Saya tak salahkan takdir, ini adalah pilihan saya. Saya yang pilih untuk kahwin dengan dia. Saya minta kawan – kawan tolong doakan dia je. Kalau tak pikir anak – anak kecil dah lama saya lari bawa diri. Tapi anak saya kecil – kecil tak senang saya nak hidup kat luar sana. Lagi banyak bah4ya menanti untuk anak – anak saya.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber : mediadainiki.com

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *