Luna Maya

Bertahun Kahwin, Wanita Sebak Bila Dapat Tahu Suami Merupakan Abg Kandung Sendiri Siap Ada Zuriat

Gara-gara bapa pernah menyembunyikan perkahwinannya di Thailand, seorang wanita berdepan detik ‘hitam’.

Ini apabila dia tanpa sengaja mengahwini abang kandungnya sendiri sehingga mereka dikurniakan zuriat.

Lebih mengejutkan apabila perkara itu hanya terbongkar selepas dua tahun ‘pasangan’ ini mendirikan rumah tangga.

Kisah ini dikongsikan di Facebook oleh seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam iaitu Fahmi Ramli.

Menurut beliau, wanita terbabit dipercayai mula berkenalan dengan lelaki itu ketika masing-masing menyambung pelajaran di sebuah universiti.

Bertahun Kahwin, Wanita Sebak Bila Dapat Tahu Suami Merupakan Abg Kandung Sendiri Siap Ada Zuriat Bertahun Kahwin, Wanita Sebak Bila Dapat Tahu Suami Merupakan Abg Kandung Sendiri Siap Ada Zuriat Bertahun Kahwin, Wanita Sebak Bila Dapat Tahu Suami Merupakan Abg Kandung Sendiri Siap Ada Zuriat Bertahun Kahwin, Wanita Sebak Bila Dapat Tahu Suami Merupakan Abg Kandung Sendiri Siap Ada Zuriat

Mereka bercinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas tamat belajar..

Masa kenal, tak pernah jumpa dengan ayah lelaki tersebut. Katanya sudah meninggal.

Wanita ini juga telah kematian ayah. Jadi, tak ada perkara yang curiga pun.

Selepas grad, wanita ini dinikahkan oleh abang kandung yang sulung sebagai walinya.

Pernikahan berjalan dengan lancar. Selepas dua tahun pernikahan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Namun segala-galanya terbongkar selepas ibu mertua wanita ini menceritakan tentang kisah silamnya bahawa dia pernah berkahwin di sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa.

Selepas melahirkan anak lelaki, mereka berdua bercerai. Ternyata bekas suami ibu mertuanya itu adalah bapa kandungnya sendiri.

Difahamkan, mereka juga tidak pernah membuat pengesahan pernikahan.

Keinginan wanita ini untuk melihat Sijil Pernikahan ibu mertuanya tersebut menjadi terbuak-buak sebab baru tahu tentang ibu mertuanya bernikah di sana.

Alangkah terkejutnya, bila mertua itu menunjukkan nama ayah mertua yang telah meninggal itu adalah sama seperti nama ayah wanita tersebut.

Terkedu lidah. Bahkan nombor kad pengenalan juga passport sama.

Menurut sumber, ibu mertua wanita ini memaklumkan bahawa bekas suaminya itu mengaku dirinya seorang duda.

Dan mereka membuat keputusan untuk bernikah di Thailand kerana tidak mendapat restu.

Alangkah terkejutnya wanita ini selepas melihat gambar ‘ayah mertuanya’ itu rupa-rupanya adalah bapa kandungnya sendiri.

Menjerit dia dan berlari dia keluar rumah dan terus pandu keretanya pulang ke rumah keluarganya.

Menangis sepanjang perjalanan. Tiba di rumah ibunya, terus dia ceritakan segalanya.

Suami wanita ini tiba lebih kurang satu jam selepas balik daripada tempat kerja secara kecemasan.

Bimbang apa-apa berlaku kepada isterinya. Selepas diceritakan segalanya, biru pucat suaminya tersebut. Menangis air mata mengalir tak henti.

Sementara itu, menurut peguam ini, ikatan pernikahan pasangan tersebut telah difaraq atau dipisahkan oleh pihak mahkamah.

Apa kesan kepada pernikahan mereka?

Pertamanya si ibu mertua itu perlu membuat pengesahan nikah yang sepatutnya dibuat lama dahulu.

Jika sememangnya sah nikah mereka, besar kemungkinan suami kepada wanita ini sememangnya anak sah taraf kepada ibu mertua dan bapa mertua atau bapanya sendiri.

Hubungan mereka boleh dianggap sebagai saudara sebapa, tapi berlainan ibu.

Haram bernikah dengan saudara sebapa kerana dia juga adalah darah daging dari keturunan yang sama.

Pernikahan mereka ini perlu di FARAQ kan. Maksudnya, perlu memfailkan segera permohonan Faraq nikah di Mahkamah Rendah Syariah atas sebab pernikahan tak sah tersebut.

Apa status anak mereka?

Anak kepada hasil perkahwinan wanita ini, boleh dianggap sebagai anak persetubuhan syubhah.

Disebabkan ibu dan bapa tersebut tidak mengetahui yang mereka adalah saudara, maka anak tersebut perlu dibuat

Permohonan Pengesahan Nasab selepas perkahwinan mereka difaraqkan.

Anak tersebut boleh terima nafkah daripada bapanya, boleh mewarisi dan boleh diwalikan oleh bapanya.

Kesimpulan

Janganlah senyap dan sembunyi. Kalau dah bernikah secara senyap, inilah kesan yang paling besar. Kasihan kepada anak cucu yang tidak bersalah.

Sebab itu, kita perlu menentang sekeras-kerasnya lelaki yang nak poligami secara senyap-senyap di Thailand. Ini punca kepada banyak masalah rumahtangga.

Wanita pula, beringat! Jangan mudah sangat termakan pujuk rayu jantan sebegini.

Posting tersebut telah mendapat dikongsikan oleh pengguna Facebook hampir 1.7k kali.

Di ruangan komen, ada di antara mereka turut berkongsi kisah sama yang pernah dilalui mereka.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan pesanan dan nasihat supaya orang ramai lebih berhati-hati dan tidak ambil mudah dengan perkara seperti ini.

Laila: Maaf sy keliru..Sy pun sudah bernikah

Dan semasa isi borang nikah, ada diminta surat nikah/surat cerai ibu ayah sy, details mereka pun ada diisi dlm borang

Begitu juga dgn borang nikah belah suami. Ada details ibu ayah suami

Jd sy betul2 confuse kenapa baru tahu nama dan no ic…bukan ke semasa akad nikah pun sepatutnya dh terkejut tgk nama yg sama, dlm borang nikah lagi..

Then nak submit borang lepas majlis tu, utk dptkan kad nikah, akan ditilik lg sekali

Maaf sy tanya genuinely confuse bukan nak pertikai ke apa

Nur: Itulah sebabnya sebagai suami ‘wajib’ kenalkan anak kandung dengan anak-anak tiri tak kira la isteri menentang ke keras ke macam mana sekalipun.

Bukan isteri je yang kenal siapa madunya. Ajal sama seperti jodoh tak siapa tahu siapa meninggal dulu.

Sesibuk mana pun suami bekerja bab nasab dan salasilah keluarga dan sebagainya mesti cari ruang dan masa ceritakan kepada anak-anak dan selalu ingatkan. Wallahhu’alam.

Illa: Ingat lagi terjadi dijohor sudah ada tiga anak

Baru tahu berkawin dengan abang satu bapa. Sebab terjadi arwah bapa mereka suka kawin

Cerai sampai berapa kali sungguh sedih
Kerana mereka kena berpisah cuma sampai

Sekarang fikir mcmana anak anak mereka
Rasa semua sudah dewasa sebab cerita ini
Lebih 10lalu

Syafina: Sebab takut masalah sebegini berlaku, Saya selalu bagitahu suami, jgn nikah sembunyi, nak nikah meh bawah balik borang nak sign.

Kalau Tak layak, Saya yg bersedia mengundur diri. Samseng Tak? Bukan kuat, tp Tak larat nak menyiasat…

Kalau kena terkawin Adik beradik sendiri lg haru biru, Nauzubillah. Kadang2 kena buat bodo. Mengalah.

Serry: Masalahnya kenapa begitu mudah pernikahan boleh dibuat di negara Thailand?

Knp pihak Narathiwat membnrkan pernikahan drp rakyat negara lain (malaysia) diadakan di situ?

Takde ke undang2 yg blh menyekat perkara sebegini?

Sumber: Fahmi Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *