Luna Maya

Video: Bertahun jadi wanita, pemuda tinggalkan dunia p0ndan..“Takut tak dapat keampunan ibu”

Gara-gara adik-beradik perempuan gemar memakaikan dirinya aksesori dan pakaian wanita ketika kecil, pemuda ini melalui detik ‘hitam’ apabila mempunyai naluri yang mendorong dirinya menjadi seorang wanita.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Berkongsi cerita kepada mStar Online, Nik Mohd Amin kini lebih tenang selepas kembali kepada fitrah asal sebagai lelaki sejati apabila menyedari perubahan menjadi ‘pondan’ itu adalah berdosa di sisi agama.

Bertahun jadi wanita, pemuda tinggalkan dunia p0ndan..“Takut tak dapat keampunan ibu”

“Saya tak segan nak cerita sebab saya betul-betul dah berhijrah. Sekarang, sudah dua tahun saya tinggalkan ‘dunia’ itu.
“Ada yang kecam bila muat naik video saya berhijrah di TikTok dan ada juga yang memberi semangat, saya ambill yang baik sahaja,” kata pemuda berusia 22 tahun itu.

Bercerita lanjut, Amin yang berasal dari Kelantan itu mengakui tidak malu untuk menukar penampilan dan berkelakuan seperti seorang perempuan walaupun dipandang serong ketika di zaman sekolah menengah.

“Larangan keluarga pun saya tak peduli, degil betul saya waktu itu malah menukar nama kepada Alish selain mengaku seorang transgender.
“Saya ambil pil hormon, payudara saya semakin membesar dan kulit pun bertukar seperti wanita. Saya juga ada niat nak operate bahagian bawah tapi belum cukup duit ketika itu,” ujarnya.

Bertahun jadi wanita, pemuda tinggalkan dunia p0ndan..“Takut tak dapat keampunan ibu”

Dia yang kini berniaga barangan kosmetik mendedahkan, keputusan bagi meninggalkan dunia pondan itu bermula selepas mengetahui ibunya jatuh sakit pada dua tahun lalu.

“Saya takut jika tak dapat keampunan kalau terjadi apa-apa kepada ibu. Masa itu, keluarga kata ibu sakit disebabkan saya. Ibu memang sakit darah tinggi dan tidak boleh terlalu tertekan.
“Saat itu saya perlahan-lahan berubah. Sukar untuk saya melakukan penghijrahan itu tetapi apabila memikirkan ibu…
“…serta tak mahu menconteng arang ke muka keluarga lagi, saya kuatkan diri sehingga hari ini,” luahnya.

Netizen turut mendoakan abang ni

semoga terus istiqamah

Terkejut jadi pmpuan cantik. jadi laki hensem

setiap orang ada kisah silam

Sila tonton video :

 

Sumber: mStar Online (Aisyah Badrul) , TikTok @nickaa__

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *