Beberapa bulan lalu, rakyat Malaysia melakukan serangan siber ke atas warga Isra3l selepas mereka menyerang penduduk Palestin dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Terbaharu, warganet Malaysia sekali lagi ‘menyerang’ warga Isra3l selepas seorang aktivis memperlekeh Malaysia yang masih belum meraih sebarang pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Kenyataan tersebut dikeluarkan aktivis tersebut dalam satu ciapan di Twitter. Ironinya, perbandingan ini dilakukan selepas baru sehari Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung. Untuk rekod, Isra3l meraih pingat gangsa menerusi sukan taekwando wanita bawah 49kg.
Tidak cukup dengan itu, seorang wanita Isra3l yang sebelum ini pernah ‘berperang’ dengan warganet Malaysia membalas ciapan tersebut dengan mengatakan warga Malaysia ‘koyak’.
Ciapan aktivis ini menarik perhatian warganet Malaysia, yang rata-ratanya beranggapan mereka masih terkesan dengan s3rangan siber rakyat Malaysia tempoh hari.
Malah, ramai yang membalas dengan mengatakan negara Isra3l tidak sepatutnya bertanding di Olimpik 2020 kerana mereka tidak wujud di dalam peta.
Antara Komen Netizen
“such a L0ser”
“sorry but who are you?”
“hanya layak dapat pingat emas mmbnuh org”
Untuk rekod, pada Sukan Olimpik Rio 2016 sebelum ini, Malaysia berada di tangga ke-60, manakala Isra3l berada di tangga ke-77.
Oh, hi #Malaysia. After Day 1 at #Tokyo2020 #Olympics, look who’s ahead? Regards, Team #Israel!
cc. @IdoDaniel @emilykschrader pic.twitter.com/1TjNfSd4R8
— Arsen Ostrovsky (@Ostrov_A) July 24, 2021
Sumber LobakMerah