Luna Maya

Beri Alasan Sakit Perut Nak Jmpa Dktor, Rupanya lsteri Kantoi Cvrang Dengan Lelaki ‘Simpanan’ Dekat Hotel

Gambar Sebagai Hiasan

Tidak dapat digambarkan betapa lulunya hati seorang lelaki selepas mengetahui isteri tersayang berlaku curang dengan lelaki lain di belakangnya. Bagaimanapun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua dan kegiatan terkutuk si isteri berjaya dihidu si suami.

Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini telah dikongsi oleh Tribun News.

Sebagai solusi, Luo bertindak menghidupkan aplikasi pada telefon bimbit milik isterinya bagi mengawasi gerak-geri yang dilakukan dan hasilnya mendapati wanita berkenaan berlaku curang dengan seorang tukang paip Hsinchu, Taiwan iaitu Zhong.

Difahamkan, Zhong sebelum ini pernah ke rumah mereka untuk membaiki paip dan kedatangan tersebut didakwa hanyalah lakonan semata-mata.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila telefon bimbit milik isterinya memaparkan bukti yang tidak perlu disangkal lagi termasuklah SMS, panggilan telefon, gambar, dan video lucah.

Bukan itu sahaja, Zhong menerusi aplikasi WhatsApp sempat meminta supaya Zhang bercerai dan menetap bersamanya.

Saya hanya gembira apabila saya bersama kamu.

Berbicara lebih lanjut, pasangan ini juga didakwa sering melakukan hubungan seks dan terdapat video sebagai bukti. Susulan daripada itu, Luo bertindak memfailkan penceraian di mahkamah dan meminta Zhang membayarnya sebanyak 1 juta yuan (anggaran RM661,461.90) sebagai kos ‘penderaan’ mental.

Zhang akhirnya mengaku mempunyai hubungan terlarang dengan Zhong dan perlu membayar pampasan kepada Luo sebanyak 250,000 yuan (anggaran RM165,365.47) serta pasangan ini akhirnya bercerai.

Sumber: Ohbulan, Tribun News

Leave a Reply

Your email address will not be published.