Kesian adik rider foodpanda tadi mengayuh basikal lebih kurang 3km untuk menghantar makanan bernilai RM80 yang dipesan kononnya pelanggan tu menunggu di Shell Sulaman rupanya kena Scam!
Adik ni istimewa sikit, tidak boleh bertutur seperti orang biasa. nasib baik ada kawan dia bantu. Dia mencari-cari nama pelanggan Mira. Tapi kami bagitau manada Mira sini.
Kami tanya pula sudah call pelanggan tu? Kawan adik tu cakap sudah dan bila ditanya melalui whatsapp, pelanggan tu cakap dia bingung dan tidak tahu siapa guna Hp dia cuma rider tu hairan dan marahlah kenapa dia called tadi pelanggan tu tidak cakap awal2 yang dia tersalah order malah disuruh hantar ke Shell?
Setelah tahu pelanggan scammer tu lepas tangan saja, kami bantulah membeli makanan tu cuma kami berharaplah pada scammer tu supaya tidak mengulangi lagi perbuatan sedemikian.
Imagine kalau tidak ada yang mahu bayarkan, adik ni terpaksa tanggung melainkan foodpanda boleh bagi gantirugi.
Time2 lockdown ni ramai yang tengah susah dan berhempas pulas untuk mencari rezeki. Adik ni motorsikal pun tidak ada hanya menghantar makanan memakai basikal saja. Jadi janganlah membebankan lagi orang yang tengah susah.
Kami mendoakan agar adik rider dan kawannya supaya tidak patah semangat dan teruskan berjuang demi keluarga dan orang yang tersayang!
Netizen turut berang dengan tindakan orang tersebut
Ade jugak jenis suka mempermainkan org mcm tu .. dia cari rezeki .. penat berjalan ..penat kayuh basikal.. utk nk dptkan 2 3 rggt .. ko mainkan dia tanpa rase bersalah ..
Buat naya org je keje nya, dunia selamat la kau kat sana mana mau lari, semoga semua rider² di jauh kan dari bnda² mcm nie dan sentiasa di murah kan rezeki
Tulah kelemahan bila ada bayaran tunai..better byr online..
Apa pandang anda berkenaan kejadian yang berlaku pada Adik ni?
Kredit : Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman