Luna Maya

Mengamuk makanan lambat sampai, lelaki ugut mahu pecat rider. Sekali ini yang berlaku padanya

Tular sebuah video, seorang lelaki berang apabila makanan yang dipesannya lambat sampai ke lokasi telah mencetuskan kritikan serta reaksi daripada orang ramai.

RAKAMAN VIDEO YG TULAR ITU ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @minyakhitamjalanan di laman TikToknya, dia yang merupakan seorang penghantar makanan telah dimarahi oleh individu di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Difahamkan, penghantar makanan itu menjelaskan lelaki tersebut memberi maklumat penghantaran yang salah kepadanya namun, sebaik sahaja dia tiba di lokasi, lelaki itu bertindak memarahinya dan memberi ugutan mahu memecat dirinya.

Tidak gentar dengan ugutan lelaki itu, penghantar makanan tersebut mencabarnya untuk membuang dia daripada pekerjaan tersebut memandangkan dia mendakwa pihaknya adalah rakan kongsi kepada grab food.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kemarahan mereka dengan perbuatan biadap lelaki tersebut kerana sudah jelas, ia merupakan kesalahannya yang salah memberi maklumat kepada penghantar makanan.

“Aku partner dengan grab…mcm nie punya spesis pun boleh jadi bisnessman ker…kata jelah shareholder grab kan senang…ntah lah jika spesis nie pun boleh berjaya rezeki dari allah kan…” – Shamsul

“Nnt aku tepon pakcik aku buang keja dia..abg grab teruskan bekerja tp jgn lnggar lampu merah tau” – Sakri

“Tu saka ke tuan punya bdn yg ngamuk tu.. dah kebulur sangat2 dah tu sampai nak amuk2…haiiyaaa” – Rohaida

“bersyukur la msh dpt nikmat rasa makanan..lambat tu perkara biasa..mgkn ada salah faham location…yg x biasanya klau mkn guna tiub” – Mariam

Malah, mereka juga menitipkan kata semangat buat penghantar makanan itu dan memberitahu supaya tidak takut akan ugutan lelaki tersebut.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *