PELAKON Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad.
Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.
“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp sebentar tadi.
Menurut Karl, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit asma.
Karl yang diuji dengan penyakit strok ketika dihubungi berkata, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.
“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi.
Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.
Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali Benjy, dihukum penjara 11 tahun hari ini selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis kristal methamphetamine dalam duburnya ketika berkunjung ke pulau Sumatera April lalu.
Benjy ditahan bersama 4.5 gram dadah jenis itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu.
Selain hukuman itu, aktor berusia 38 tahun itu diarah membayar denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.
Hukuman penjara itu lebih rendah berbanding 14 tahun dicadangkan pendakwa raya selain terlepas dari hukuman mati.
“Kami mengisytiharkan defendan, Benjy terbukti bersalah dari segi undang-undang kerana memiliki dan mengawal narkotik,” kata ketua hakim, Prasetyo Wibowo.
Benjy, anak sulung pelakon lagenda Malaysia, Allahyarhamah Azean Irdawaty yang meninggal dunia akibat kanser pada 17 Disember 2013. – AFP