Luna Maya

Video: Bengang kena hon? Tular video ‘rider’ GrabFood maki, tendang kereta pemandu

Bagi pengguna jalan raya, sudah menjadi kebiasaan melihat kelincahan golongan ‘rider’ yang menunggang motosikal dimana segelintir mereka memecut laju sehingga berani melanggar undang-undang jalan raya.

Terbaru, satu video tular di media sosial memaparkan seorang penghantar makanan GrabFood seolah-olah tidak berpuas hati selepas sebuah kereta didakwa membunyikan hon.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi Twitter Jabatan Netizen Malaysia, pemandu kereta itu mendakwa, dia membunyikan hon selepas melihat ‘rider’ tersebut selamba melanggar lampu isyarat merah di hadapan sebuah hotel di ibu kota.

“ABG GRABFOODKU SAMS3NG”

Pada pukul sekitar 430pm di hadapan traffic light impiana hotel klcc, saya menunggu lampu merah dan sebelah kiri saya ada bas rapid kl.

Rider motor ini telah datAng di tengah celah kereta saya dan bas , dan melanggar lampu merah.

“Di hadapan traffic light Impiana Hotel KLCC, saya menunggu lampu merah dan sebelah kiri saya ada bas rapid KL. Rider motor ini telah datang di tengah celah dan melanggar lampu merah,” tulis kapsyen video berkenaan.

Selepas itu, berlaku sedikit ketegangan apabila ‘rider’ berkenaan didakwa menunggu pemandu terbabit di jalan hadapan sebelum ‘bertemu’ dan bertikam lidah antara satu sama lain.

 

Video yang dirakam oleh pemandu tersebut turut memaparkan ‘rider’ itu menendang sisi kiri pada bahagian hadapan kereta selain menyuruhnya untuk berhenti di tepi jalan.

Disebabkan pemandu enggan berhenti, ‘rider’ terbabit terus turun dari motosikalnya ketika di satu lagi persimpangan lampu isyarat dan berjalan ke arah kereta si pengadu.

 

“Ketika kami berhenti di lampu merah, cuba membuka pintu kereta saya untuk ajak bergaduh, hanya kerana saya menyembunyikan hon,” dakwa si pengadu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila kejadian terbabit berlaku. Namun, pemandu itu mendakwa dia sudah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak berhubung kejadian tersebut.

Video berkenaan turut tular di laman Facebook sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata mengakui segelintir ‘rider’ sering melanggar lampu isyarat.

Ramai langgar lampu merah

Abang grabfood ku samseng

 

 

Tonton Video: 

 

Sumber: Twitter @jnmalaysia , Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *