Luna Maya

TAMPIN: Bayi berumur setahun lebih ditmbuk, ccuh puntung rkok dan ditekap setereka

Tampin: Bukan sahaja ditumbuk pada muka, malah seorang bayi berusia setahun empat bulan terpaksa menahan kesakitan apabila turut dicucuh puntung rokok.

Selain itu, terdapat juga kesan ditekap dengan seterika pada badan bayi lelaki berkenaan.

Itu kecederaan dialami seorang bayi lelaki yang dipercayai didera ibu bapa sendiri di Felda Jalor Air Kuning Selatan, di sini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, polis menahan ibu bapa bayi terbabit sebuah klinik kesihatan selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang merawat mangsa, pada 25 Ogos lalu.

“Seorang doktor dari sebuah klinik kesihatan membuat laporan memaklumkan menerima pesakit seorang bayi lelaki dalam keadaan lebam pada mata dan terdapat kesan seterika di belakang badan disyaki didera.

“Susulan maklumat itu, polis menangkap ibu bapa mangsa, masing-masing berusia 17 dan 23 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Kabor dah, sebab tu ada org menentang habis² kahwin muda & langsung takde ilmu keibubapaan. Jangan ikut sgt lifestyle nak kahwin sebab nak halalsek semata. Tanggungjawab yg diamanahkan pun besar. Masing2 punya pandangan persendirian. Acuan kita dididik pun berbeza.” –zuria

“Ni manusia ke jelmaan iblis sedangkan kita sendiri terpercik minyak goreng ikan pun menjerit ni kan kau lahanat seterika, cucuh puntung rokok badan bby! Moga2 bby dapat pembelaan dari pihak berkuasa..” – Hana

“Gila sungguh…perkara yg x terlintas dlm kpala hotak..blh buat kat baby tu. Pi bg kat org la…yg lbh memerlukan n blh bg kasih sayang sepenuhnua” – Rhaniz

Beliau berkata, lelaki berkenaan mengaku memukul dan menumbuk muka mangsa selepas berang kerana menangis, selain mengaku mencucuh rokok di tapak kaki sebelah kiri.

Suami isteri itu kemudiannya membawa mangsa ke klinik kesihatan terbabit kerana mangsa mengalami sesak nafas.

“Mangsa dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk rawatan lanjut dan diberikan bantuan pernafasan.

“Syukur baby masi sempat selamat jumpa dktor yg prihatin. Nasib yg baik menyebelahi baby. Buat ibu dan bapa klu meroyan atau sblum mau nak mampus ka hntar la anak ke tpt saudara yg terdekat. Ni klu d kena api mesti memekak kan. Apa lg bayi kecil. Dasarrr dasar..” – Noami

“Mangsa kini dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HTAN,” katanya.

Katanya, suspek lelaki direman sehingga 6 September, manakala ibu mangsa dibebaskan dengan jaminan polis.

“Allah org lain bersusah payah nk ad zuriat meminta merintih doa pda allah swt minta nk zuriat supaya blh doakn kita kelak. Tpi yg senang dpt cmnilh dera sana sini.” – Zeyra

“Allahuu..tak terbayang macammana sanggup buat anak kecil begini. Kita sendiri pun tak tertanggung sakitnya inikan budak setahun lebih”- Aini

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak.

Lapor Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *