Luna Maya

Bayi dipercayai dideera di tempat asuhan smpai nmpak kesan retak di kaki. Semoga cepat sembuh

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak yang ditatang bagai minyak yang penuh mengalami kecederaan ketika dia tidak berada di depan mata.

Lebih berat lagi, kesan kecederaan yang dialami itu disedari setelah mengambilnya dari pusat asuhan kanak-kanak.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Afzan Ikka Wan Nurul, dia telah memuat naik beberapa gambar dan kenyataan berkenaan kejadian yang menimpa anak kecilnya.

 

Menurut pengguna Facebook tersebut, kejadian berkenaan berlaku lebih kurang sebulan lepas. Anaknya yang diambil dari Taska menangis tidak henti-henti dan ada kesan lebam di mata. Namun pengasuh memaklumkan yang anaknya berebut mainan dengan  bayi lain yang dijaga.

Disebabkan terlihat lebih banyak kesan kecederaan, Afzan berasa tidak sedap hati dan membawanya ke klinik. Dipendekkan cerita, dia dan suami membawa anak mereka untuk melakukan x-ray selepas pihak klinik yang didatanginya tidak berani untuk membuat rawatan kerana bimbang ada kecederaan yang lebih serius.

Jadi, mereka membawa anaknya ke hospital swasta dan pihak hospital menyarankan untuk membuat laporan polis kerana terlihat kecederan lain di anggota tubuh kanak-kanak tersebut sebelum keputusan x-ray terima.

Bayi dipercayai dideera di tempat asuhan smpai nmpak kesan retak di kaki. Semoga cepat sembuh

Menurut pengguna Facebook berkenaan, pada awalnya pihak Taska menafikan hal tersebut dan lebih mengecewakan, pemeriksaan di salah satu hospital memaklumkan yang anaknya tidak boleh berjalan kerana malu dengan persekitaran yang ramai orang.

Selepas menahan sabar dengan kenyataan yang seakan mengambil ringan kecederaan anaknya, Afzan telah mendapat berita dari hospital swasta yang membuat x-ray kaki anaknya bahawa ada kesan retak di tulang kaki kanak-kanak tersebut.

Luluh hati mereka suami isteri apabila sedar kecederaan yang dialami anak mereka. Jadi, pasangan tersebut segera membawa anak mereka ke hospital  untuk membuat simen bagi mengelakkan berlaku lebih banyak komplikasi.

Bayi dipercayai dideera di tempat asuhan smpai nmpak kesan retak di kaki. Semoga cepat sembuh

Di sebabkan tidak berpuas hati dengan penerangan anggota yang menyiasat kes anaknya, pengguna Facebook itu telah menghubungi sendiri Taska tersebut dan mahu melihat rakaman CCTV.

Luluh hatinya apabila anak yang disayang menangis sepanjang hari dan diberi makan serta minum susu secara ala kadar sahaja.

Selain itu, mereka pengasuh di Taska itu juga dengan sengaja membaling tuala serta melempang bayi yang mereka jaga tanpa rasa bersalah .

Bayi dipercayai dideera di tempat asuhan smpai nmpak kesan retak di kaki. Semoga cepat sembuh

Bayi dipercayai dideera di tempat asuhan smpai nmpak kesan retak di kaki. Semoga cepat sembuh

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata kenalan dan warganet yang membaca luahan rasa Afzan Ikka Wan Nurul itu berasa terkejut dan geram dengan individu yang melakukan kecederaan kepada anaknya.

Mereka juga mendoakan agar anak kepada pengguna Facebook berkenaan segera sembuh dan pelaku yang melakukan kekerasan kepada kanak-kanak segera dikenakan tindakan.

Bayi dipercayai dideera di tempat asuhan smpai nmpak kesan retak di kaki. Semoga cepat sembuh

Bayi dipercayai dideera di tempat asuhan smpai nmpak kesan retak di kaki. Semoga cepat sembuh

Bayi dipercayai dideera di tempat asuhan smpai nmpak kesan retak di kaki. Semoga cepat sembuh

Bayi dipercayai dideera di tempat asuhan smpai nmpak kesan retak di kaki. Semoga cepat sembuh

Sumber: Facebook Afzan ikka Wan Nurul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *