Luna Maya

Bayi Ielaki dijumpai dalam beg plastik di depan rumah dalam keadaan bersih

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam beg plastik di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata bayi cukup sifat yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan oleh seorang lelaki tempatan pada pukul 9.15 pagi dalam keadaan dibaluti sehelai kain.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan bayi lelaki itu agar menghubungi Hotline Polis Brickfields dengan menelefon 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau hubungi balai polis berhampiran.

Antara reaksi warganet:

“baby, nanti cpt besar and sihat tau…
to the mom, i dunno what situation youre facing rn. but please keep remind yourself you got this cutie pie and stay safe he might be search for you nanti.  sedih nyaa” – 
Zu

“Comelnyaaa mesti mak dia terpaksa buat macam ni kan. Elok je dia balut anak dia. semoga anak dia membesar dengan baik and penuh kasih sayangg” – Hanis

“Handsome baby boy! It’s okay sayang, semoga membesar dengan sihat, harap sangat awak dalam jagaan orang yang baik baik. Ibu awak sayang awak sebenarnya, mungkin ada masalah lain yang memaksa dia buat macam ni.” – Sheila

Sementara itu Basri berkata polis akan mengedar lakaran wajah lelaki yang disyaki terlibat kes samun motosikal di Jalan Kuching, di sini yang menyebabkan tangan seorang remaja Siti Nur Azizah Syafriadi, 17, terpaksa dipotong berikutan kecederaan parah akibat kejadian itu.

“Lakaran wajah suspek diperoleh berdasarkan keterangan kedua-dua mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai pada sidang media selepas pelupusan barang kes di stor barang kes Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Beh berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul dengan menelefon 03-404822066 atau hubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 26 Ogos, Siti Nur Azizah bersama rakannya yang sedang menunggang motosikal diserang tiga lelaki dalam kejadian samun motosikal pada pukul 12.01 tengah malam.

Sumber Twitter Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.