Luna Maya

Pekerja SheII asyik pandang2 kereta, pemandu BMW terus ajak ronda

Kadang-kala ramai tidak sedar, perbuatan kecil yang kita lakukan mampu membuatkan ‘mood’ seseorang itu bertukar ceria patah lagi sudah penat bekerja melayan pelbagai ragam manusia.

Bagi seorang usahawan automotif Bobby Ang, tindakan murninya dipuji apabila menggembirakan hati seorang pekerja di sebuah stesen minyak dipercayai di ibu negara, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook bisnesnya Aurizn, Bobby memuat naik sekeping gambar memaparkan dia bersama pekerja tersebut di dalam kereta miliknya dipercayai jenis BMW 640i.

Menurut Bobby, pekerja berkenaan seolah-olah menunjukkan minat terhadap kenderaan itu dengan asyik memandang sebelum bertanya apakah perasaan apabila menaiki kereta tanpa bumbung.

Tidak membiarkan ia menjadi tanda tanya, dia terus mengajak pekerja itu masuk ke dalam kereta bagi merasai sendiri pengalaman menaiki kenderaan mewah.

Difahamkan, Bobby membawa pekerja dipercayai bukan warganegara itu ‘pusing’ satu taman berhampiran sebelum kembali semula ke stesen minyak terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi positif terhadap tindakan Bobby yang disifatkan sangat baik hati tanpa mengira pangkat atau darjat.

Baca di bawah :

Sumber: Facebook Aurizn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *