Minggu ini telah berlangsungnya Big Stage minggu ke tiga.
RAKAMAN VIDEO REAKSI SITI NURHALIZA ADA DI BAWAH SEKALI
Sebentar tadi, persembahan oleh Aisha Retno membuatkan ramai sebak. Apa tidaknya, lagu Kesetiaan yang pernah dipopularkan oleh arwah Siti Sarah telah dibawa dengan penuh penghayatan oleh Aisha.
Bukan setakat penonton sahaja yang merasa sedih dan sebak, malah juri tetap Big Stage 2022 iaitu Dato Siti Nurhaliza turut menangis bila melihat persembahan nyanyian yang sangat menyentuh hati oleh Aisha.
Di twitter, terdapat pelbagai ciapan yang memberi respon terhadap nyanyian Aisha.
Ada yang mendakwa, mereka turut menangis bila Aisha berjaya membawa lagu tersebut dengan sepenuh hati.
Seorang pengguna Twitter memuat naik semula babak nyanyian Aisha. Jelas beliau, persembahan itu baginya merupakan persembahan terbaik pada minggu ini.
“save the best for last. persembahan terbaik this week #bigstage2022 #dominasibbnu ”
Pengguna twiter tersebut turut memuat naik semula reaksi spontan Dato Siti Nurhaliza yang jelas nampak tidak mampu menahan tangisan beliau.
Tonton Video:
#AishaRetno giving her all in this stellar performance. Meremang all the way. One of the top contenders for #BigStage2022 winner! #dominasibbnu pic.twitter.com/zQ66PhUOzR
— KM•1PG (@KM1PG_) February 20, 2022
@CTNurhaliza11 getting emotional. i know how she feel right know. this song always "alive" in our hearts no matter what. #bigstage2022 #dominasibbnu #kenangantahun2000 pic.twitter.com/PMjfaFyEVX
— ?THEMATEENHANSEL? (@themateenhansel) February 20, 2022
Sumber Belumbalik.com