Luna Maya

Khabar duka, penunggang basikaI meninggal dunia dalam kemaIangan jalan raya diIanggar kereta

Seorang penunggang basikal dilaporkan meninggal dunia selepas kemalangan di jalan berhampiran Cyberjaya pagi tadi.

Menurut saksi, mangsa yang berseorangan dari tengah ingin masuk ke kiri. Kereta yang melanggar mangsa tidak nampak kelibat penunggang basikal tersebut.

Tambahnya lagi, lebuhraya tadi memang sesak dengan kenderaan.

GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN DI BAWAH SEKALI

 

Memetik Oh Media, kebanyakan netizen meluahkan sikap kesal dengan penunggang-penunggang basikal yang kebelakangan ini semakin berani memperjudikan nyawa di tengah jalan raya mahupun lebuh raya.

Menurut salah seorang netizen, kebanyakan pemandu memang dah tidak mampu untuk buat apa-apa, pilihan semua terletak sendiri pada penunggang basikal.

Kita tak boleh nak atasi perkara ini kerana ia terletak pada pilihan cyclists.

Apa yang kita sebagai pemandu boleh buat ialah berhati2 n fokus. Sudahlah dalam kereta dah kedap bunyi n bila radio pasang apa yang diluar pun tak dengar. Dengan kita punya fikiran selalu diawangan lagi fikir pasal kerja n rumah.

Biarlah ini kes yang terakhir yang jadi InsyaAllah. Sy ingin menyeru pemandu semua beranikan diri untuk turunkan tingkap n nasihat cyclists supaya pindah ke sebelah kiri.

“Harap jadi pengajaran kepada semua cyclist agar tidak cycling di jalan raya atau highway lagi-lagi waktu peak hour. Faham hobi korang mahal, cari lah tempat yang sesuai seperti taman dan sebagainya”

Salam Takziah buat keluarga mangsa. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber ohmedia& info bencana pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *