Luna Maya

“Mama pergi dulu ye sayang” – Wanita maut diIanggar selepas tercampak keluar kereta. Salam takziah buat keluarga

TEMERLOH – Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan di Kilometer 124, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini semalam.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian berkenaan mangsa, Adzlin Zarina Mohd. Rosmizal,23, mengalami kecederaan parah selepas tercampak keluar dari kereta sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Jazz dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Jerantut.

Tahun 2020 lepas qila bersalin kita jumpa lepas tu alin pernah cakap dekat qila nak juga pregnant & nak merasa jadi mak . Lepas tu qila cakap insyaAllah 2021 alin pregnant . Alhamdulillah tahun 2021 alin pregnant & qila pun pregnant . Akhirnya 2022 apa yang alin ingin tu semua tercapai & alin sempat juga merasa jadi mama walaupun hanya 43hari .

Al-Fatihah alin  . Qila tahu alin sangat sangat penat dengan dunia ni . Tiba masanya untuk alin berehat buat selamanya . Alin seorang yang baik, kuat & penyabar . Qila sayang alin tau . Selamat jalan Adzlin Zarina . Semoga alin ditempatkan dikalangan orang yang beriman .

Korang yang mana baca status qila ni tolong sedekahkan AL-FATIHAH buat kawan qila ni.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *