Luna Maya

Baru dua bulan mendirikan rumahtangga, rider foodpnda maut ktika hntar pesanan

SEREMBAN: Seorang penghantar makanan Foodpanda maut selepas motosikal yang ditungganinya merempuh sebuah kereta dalam kejadian di simpang empat, Jalan Kuarters KLIA, Nilai, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.15 petang itu, mangsa, Azreeq Azri, 26, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa dari arah Bandar Enstek, dekat sini menuju ke Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa sedang bergerak terus telah melanggar sebuah kereta Perodua Alza yang tiba-tiba datang dari simpang arah kanan. Mangsa lalu jatuh di atas jalan.

“Akibat pelanggaran, mangsa maut di tempat kejadian dan dibawa Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Difahamkan, arwah baru sahaja melangsungkan perkahwinan dua bulan yang lalu. Pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik menimbulkan rasa sebak dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.

Semalam tular di laman sosial berkenaan kemalangan tersebut.

Semenjak dua menjak ini, sering kita dengar tragedi kemalangan jalan raya yang berlaku membabitkan penghantar makanan atau rider, malah ada yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Menurut hantaran pengguna akaun Shahnita Entertainment, melalui group Facebook FoodPanda Rider Malaysia, seorang rider servis penghantaran makanan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terbabit kemalangan jalan raya.

Kejadian dikatakan berlaku di persimpangan Petronas Bandar Enstek, menghala ke Kota Serimas, Nilai, Negeri Sembilan.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikhabarkan baru mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu.

Menurut warga net yang dipercayai merupakan warga setempat, insiden tersebut terjadi petang semalam.

Pengguna jalan raya diminta untuk lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian serupa terus berlaku.

Takziah buat keluarga mangsa. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber: Facebook FoodPanda Rider Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.