Luna Maya

Anak pengasas Dnars dakwa dikhianati bapa tiri? – “Kami tiga beradik dibuang..”

Keluarga tuntut siasatan lanjut, syak kematian pengasas Dnars ada unsur lain

Tiga tahun berlalu, keluarga pengasas produk kosmetik Dnars Skincare iaitu arwah Faziani Rohban Ahmad mahu siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019.

RAKAMAN VIDEO YG TULAR TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut laporan Harian Metro, tuntutan tersebut dilakukan selepas ahli keluarga tampil membuat laporan polis di Balai Polis Tumpat, tengah hari tadi kerana mengesyaki kematian Allahyarham mempunyai unsur lain.

Berikutan itu, mereka sudah memberi keterangan dan berharap pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya mengesahkan tentang perkara itu dan akan ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) kerana kejadian berlaku di Thailand.

Dalam kejadian pada bulan Ramadan itu, arwah Faziani meninggal dunia manakala suaminya Shah Rizal Ibrahim cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki terbabit kemalangan.

Difahamkan, Allahyarham yang ketika itu berusia 41 tahun dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand bagi menghulurkan sumbangan.

Sebelum ini, adik Allahyarham iaitu Faizul Rohban mendedahkan bahawa arwah pernah menyatakan hasrat untuk bercerai sewaktu hayatnya sebelum terbabit dalam kemalangan tersebut.

“Saya tidak berhujah tanpa fakta yang betul. 18.5.2019 kakak saya meninggal dunia. Lihat gambar di sebelah (kanan) tu tarikhnya bila. Kan saya dah kata cinta dah lama mekar

“Mungkin sewaktu kakak saya hidup lagi perkara ini terjadi. Sebelum kematian kakak saya, arwah pernah berkata kepada umi saya…

“…dan salah seorang kawan baik dia waktu itu yang dia ingin bercerai,” dakwa Faizul menerusi sebuah posting di laman Facebook.

Anak pengasas Dnars dakwa dikhianati bapa tiri? – “Kami tiga beradik dibuang..”

Kisah pemergian pengasas kosmetik Dnars Skincare iaitu Faziani Rohban Ahmad kembali menjadi perhatian ramai apabila ahli keluarga arwah menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham.

Menurut laporan media semalam, ahli keluarga mengesyaki terdapat unsur lain terhadap kematian Allahyarham selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand tiga tahun lalu.

Berikutan itu, pendedahan ahli keluarga termasuk anak perempuan Allahyarham iaitu Irdina Hakim Jasman kembali ‘dikorek’ netizen menerusi beberapa perkongsian video di aplikasi TikTok.

Salah satu video dimuat naik Irdina atau mesra dipanggil sebagai ‘Gegirl’ pada bulan lalu telah bercerita dengan ringkas mengenai situasi dihadapi adik-beradiknya selepas ibu mereka meninggal dunia.

Usahawan berusia 19 tahun itu mendakwa, mereka empat beradik seolah-olah dibuang oleh bapa tirinya, berbeza ketika hayat ibunya dimana empat beradik tiri lain turut dijaga Allahyarham.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu lagi, Irdina turut mendakwa bapa tirinya sudah mula menjalin hubungan ‘skandal’ (yang kini isteri baru) ketika arwah ibunya masih hidup.

“At the end, dapat tahu bapa tiri skandal dengan bini baru dia daripada (sejak) Mami hidup. Betul orang cakap.. kebaikan belum tentu dibalas kebaikan,” ujarnya.

Terdahulu, kemalangan berlaku pada bulan Ramadan itu menyebabkan Allahyarham Faziani maut di lokasi kejadian, manakala suaminya mengalami kecederaan.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber:Omm, TikTok & Instagram Irdina Hakim Jasman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *