Luna Maya

“Bapa pilu pegang tangan anak 10 tahun sebelum ajal” Adif Danial meninggal dunia dirempuh kereta

SETIU, TERENGGANU: 13 Nov : Bapa kepada murid tahun empat yang maut dirempuh Perodua Myvi ketika menaiki basikal elektrik di Jalan Bukit Putera di sini semalam sempat memegang tangan anaknya sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir.

Azman Awang berkata, hatinya pilu melihat keadaan Muhammad Adif Danial, 10, berlumuran darah dengan kaki yang sudah hancur akibat kemalangan itu.

Katanya, kejadian itu hanya disedari selepas terdengar bunyi pelanggaran yang kuat dari rumahnya yang terletak berdekatan.

GAMBAR KEMALANGAN SEMUA ADA DI BAWAH

“Saya pergi ke sana dan terkejut apabila nampak anak saya yang dilanggar, pada masa itu dia masih lagi bernafas tetapi nadinya lemah.

Katanya, pelanggaran menyebabkan Proton Wira itu menggelongsor lalu terlanggar pejalan kaki, Azuka Muhamad, 46, hingga mangsa terpelanting ke atas Proton Persona dan ditemukan maut di lokasi kejadian.

Terdahulu, Dua maut, manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta, sebuah basikal elektrik dan pejalan kaki di Jalan Bukit Putera di sini, semalam.

Mangsa maut adalah pejalan kaki, Azuka Muhamad, 46, dan pembonceng basikal elektrik, Muhammad Adif Danial Azman, 10, selepas kedua-duanya parah pada anggota badan dalam kejadian 7.10 malam itu.

Turut cedera, sepupu kepada Muhammad Adif Danial yang juga penunggang basikal elektrik, Ahmad Syahiran Saiful Razali, 13.

Ketika kejadian, Muhammad Adif Danial dan Ahmad Syahiran dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Bukit Putera selepas menyaksikan pertandingan bola sepak berhampiran rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kejadian dipercayai apabila Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 36 tahun dalam perjalanan dari arah Telaga Papan menghala Bukit Putera.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar basikal elektrik dinaiki dua sepupu terbabit.

“Kereta turut melanggar sebuah Proton Wira yang diparkir di bahu jalan sehingga menyebabkan kenderaan sama bergerak dan melanggar seorang lagi mangsa yang juga pejalan kaki.

“Kejadian itu menyebabkan pejalan kaki terpelanting ke atas Proton Persona yang diparkir di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Afandi berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat, manakala mangsa parah dirawat di hospital sama.

Beliau berkata, pemandu Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA & HarianMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *